Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa ibunya kini sedang berada di hospital bagi menjalani satu pembedahan.
Ia susulan selepas doktor mengesahkan bahawa penyakit kanser yang pernah menyerang ibunya sebelum ini didapati telah kembali semula.
Lalu, Syed Saddiq dikatakan telah bergegas awal meninggalkan mesyuarat parlimen untuk balik ke Muar bagi menemani ibunya yang tercinta itu.
“Terpaksa tinggalkan parlimen awal untuk ke Johor, demi mama. My mum is a fighter.
“In 2013, she won the battle against breast cancer. 2 weeks ago, we found out that the cancer is back.
“Tomorrow (hari ini) mama will be going through her operation. Tolong doakan untuk mama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkongsi foto terkininya bersama ibu setibanya di hospital.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan berharap proses pembedahan dapat berjalan dengan lancar.
Sumber: Twitter Syed Saddiq