Tindakan penyanyi Britney Spears berkongsikan 12 keping gambar bogel di laman Instagram menimbulkan keresahan di kalangan peminatnya.
Rata-rata peminat penyanyi lagu Opps I Did It Again itu mengakui risau dengan tahap kesihatan mental penyanyi berusia 41 tahun itu.
Dalam entri tersebut, Britney memuat naik foto bogelnya sambil kedua-dua belah tangan menutup payudara serta bahagian kemaluannya ditutup dengan emoji berbentuk hati.
“Ini gambar-gambar saya tempoh hari sebelum ada bayi dalam perut ini.
“Kenapa saya nampak macam 10 tahun lebih muda sewaktu bercuti?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Selepas perkongsian tersebut, peminat meminta Britney menurunkan semula foto terbabit kerana merasakan ia tidak sesuai dilakukan oleh penyanyi popular sepertinya.
Ads
“Menyedihkan, Britney memerlukan bantuan. Kecewa apabila melihat ada peminat yang memberikan galakan dan komen positif terhadap hantaran ini.
“Britney, awak masih boleh padam gambar ini.
“Tolong hentikannya (berkongsi gambar bogel). Fikir tentang anak-anak awak!
Ads
“Awak tahu anak remaja awak dan rakan-rakannya akan melihat posting ini kan?
“Oh tidak! Anda tak perlu buat begitu,” antara beberapa komen netizen.
Britney kini hamil anak ketiga yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan tunang, Sam Asghari.
Ads
Pasangan itu dijangka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.
Britney turut mempunyai dua anak lelaki Sean Preston, 17, dan James Jayden, 16, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Kevin Federline.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bermula sebagai pengguna tegar, pelakon dan ahli perniagaan, Faezah Elai kini dilamar menjadi wajah kempen baju kurung koleksi raya Aidiladha, Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton.
Koleksi sebanyak 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) itu dilancarkan 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Korban yang bakal diraikan hujung bulan ini.
Menurut pengasas jenama berkenaan, Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman, pemilihan artis berstatus ibu kepada lima cahaya mata itu didorong dengan alasan yang konkrit dan bertepatan dengan sasaran pelanggan mereka.
“Awalnya kami pernah menggunakan khidmat Faezah ketika mempromosikan koleksi terdahulu. Percaturan kami mengena apabila ulasan dan promosi dilakukannya mendapat sambutan baik.
“Malah ia bertepatan dengan gaya dan caranya yang menawan menggayakan kurung bercetak. Justeru, kami yakin boleh mengubahnya menjadi anggun dan lebih menyerlah dengan koleksi kami keluarkan.
“Ketika sesi siaran langsung di media sosial misalnya, bintang itu dilihat serasi dengan kelompok sasaran kami iaitu lebih kepada orientasi wanita Muslimah, keluarga. Tak lupa, kandungan yang dipromosikan di media sosial juga dekat dengan masyarakat,” katanya.
Diaju persoalan kenapa memilih Faezah yang dikatakan kurang meniti populariti atau suam-suam kuku di kalangan segelintir orang, Nik Hetty Eliya ada sebab tersendiri.
“Mungkin ada yang mengandaikan kami patut memilih artis atau selebriti yang lebih popular berbandingnya. Tapi dengan apa yang kami perhati selain kerjasama terjalin, dia ada keistimewaan dan tarikan tersendiri.
“Kami juga cuba melawan arus dan percaya setiap daripada kita ada rezeki masing-masing. Begitu juga dengannya. Ini juga langkah sulung kami mengambil artis sebagai wajah kempen atau wakilan.
“Lamaran dan perbincangan kami mengintainya sejak April lalu juga dipermudahkan. Dia tak banyak songeh dan sangat menyenangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, jenama milik bumiputera itu kian dikenali awal tahun 2020 dengan rangkaian koleksi custome printed kurung pleated, kurung riau dan scallope kurung.
Istimewanya juga, Nik Hetty Alia menjelaskan salah satu rekaan koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.
Sementara itu, Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ternyata terkejut dengan kepercayaan yang diberikan.
“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.
“Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati apabila ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram (IG) tiga atau empat tahun lalu membuatkan tak menang tangan dan laku keras.
“Saya pun sudah tak ingat dengan kisah berkenaan. Tapi syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’, ada jenama yang berani memilih saya.
“Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya,” katanya yang mula berhijab pada 2015.
Ibu kepadaLuqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.
“Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu,” katanya.
Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pembabitan seninya tidak seaktif dulu.
“Lagipun status saya sebagai ibu khususnya memerlukan saya memberi perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali keadaan ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tak pernah putus sampai saat ini.
“Cuma saya terpaksa tolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri. Kalau ada tawaran pengarah dan produksi lain, jika kena dengan watak dan waktu… insya-Allah saya boleh pertimbangkan terutama kalau cuti sekolah.
“Jadi apabila tumpuan lebih kepada keluarga, saya banyak curi masa mempromosi perniagaan sendiri dan terbaharu bersama jenama Mawar Cotton,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera, mengesahkan mengenai majlis pertunangannya yang tular sejak dua hari lalu dan ia bukan gimik sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Sera, 31, majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota.
“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya, lapor Harian Metro.
Berkongsi mengenai fasa seterusnya, Sera memaklumkan dia dan tunang akan melangsungkan pernikahan tahun depan.
“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya.
Sera pada masa sama turut mengharapkan agar bakal suami dapat menerima dia dan keluarganya seadanya.
“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama,” katanya lagi.
Imbas kembali, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 22 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penulis lagu, Fedtri Yahya mengakui berasa amat sedih melihat nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai telah didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga menyebab mangsa meninggal dunia.
Menurut Fedtri, tidak semua ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik malah, ada juga diantara mereka yang sanggup bertindak kejam.
“Tidak semua ibu adalah ibu, tidak semua bapa adalah bapa. Dalam hidup ini, kasih sayang tak boleh dipaksa. Namun bukan alasan untuk bertindak kejam,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu memerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Sabtu.
Dalam pada itu, Fedtri turut berharap agar sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan terkutuk itu akan mendapat hukuman yang setimpal.
“Pada jasad yang kaku, ada hati yang pilu. Pada jasad yang terseksa, ada hisab yang menghitung dosa. Al Fatihah buat anak syurga, Amir,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan marah selain turut mendoakan semoga anak kecil tersebut ditempatkan bersama orang beriman.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air rumahnya nemun siasatan awal pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan fizikal pada badan mangsa.
Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut telah direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Sumber: Instagram Fedtri Yahy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!