
Pelakon Ruhainies menitipkan ucapan kepada abang iparnya, pelakon Isa Khan yang kini sudah sah bergelar suami kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena.
Menerusi hantaran di Instagram, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa syukur kerana majlis akad nikah kakaknya berjalan lancar.
Di samping itu, Ruhainies ada menyatakan rasa sayang kepada Risteena seterusnya mengharapkan abang iparnya itu menjaga kakaknya dengan baik.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, my sister @nur_risteena sah bergelar isteri pada #12321 Welcome to our family abg iparku, @theisakhan
“Please take a good care of my sister. I love you both so much..,” tulisnya.
Imbas kembali, Risteena, 31 telah mengikat tali pertunangan bersama Isa, 28 pada 23 November 2019.
Upacara akad nikah telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Risteena sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Mati Sama-Sama Dengan Nenek, Tapi Saya Takut Mati Sebab Amalan Tak Cukup Banyak…,” – DS Aliff Syukri

Meluahkan rasa dari lubuk hati paling dalam, usahawan yang kini bergelar selebriri, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan perasaan cinta bukan hanya tercipta buat pasangan bercinta.
Sebaliknya, dia turut mencintai neneknya dan menganggap wanita itu sebagai kekasih hati kerana sentiasa ada untuk menyokong, memahami dan sentiasa memanjakannya.
“Kadang kala perasaan cinta itu bukan diciptakan untuk pasangan kekasih-kekasih sahaja.
“Macam saya mencintai nenek saya mcm kekasih sy yg sentiasa sokong sy, percayakan sy dr kecik lagi sebab nenek saya memahami saya, nenek saya manja saya, nenek saya berada bersama saya ketika saya susah dan senang, jadi nilai cinta itu tercipta secara tidak sengaja,” jelasnya jujur.
Pada mana sama, bapa kepada lima orang anak ini turut memanjatkan doa agar nenda sentiasa dipanjangkan umur dan meluahkan hasrat untuk sehidup semati bersama.
“Iya bukan benda yang diciptakan tetapi perasaan yang yg tidak pernah menipu.. Saya rasa bahagia bila duduk bersama nenek sy..kalau beh sy nak kawin dgn nenek sy.
“Untuk nenek kesayangan saya, nenek Jangan pergi lebih awal nenek kena kuat sebab saya nak mati sama-sama dgn nenek.
“Tapi saya takut mati sebab amalan saya tak cakap banyak macam amalan nenek. #anakfeldapalong #yobro,” luahnya lagi.
Sebak dengan luahan hati Aliff Syukri, netizen memberikan reaksi.
Rata-rata terharu dengan kasih sayang yang terjalin antara dua insan ini.
.
Sekadar imbasan, Aliff dan isterinya Datin Seri Nur Shahida berkahwin pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta turut menjaga seorang anak angkat.
Foto : Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allahuakbar, You Guys Memang Mantap!,” – Adi Putra Bersyukur, Air Force The Movie Kaut RM13 Juta

Aktor Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah mencecah kutipan sebanyak RM13 juta.
Baru tujuh hari tayangan di pawagam (sehingga 31 Ogos), Adi, 41, berkongsi perkembangan baik itu menerusi Instagram, pada Khamis.
“Allahuakbar, you guys memang Mantap! Terima kasih,” tulisnya menerusi ruangan komen disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkenal Sebagai Simbol Seks, Pelakon Alain Delon Meninggal Dunia

Alain Delon yang merupakan seorang pelakon, penerbit, dan penulis berkebangsaan Perancis telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Terkenal kerana karisma dan ketampanannya ketika muda, Alain yang dianggap sebagai simbol seks antarabangsa meninggal dunia dengan tenang dikelilingi oleh tiga anaknya dan keluarga terdekat di kediamannya di Douchy.
Menurut kenyataan keluarga yang disampaikan kepada agensi berita AFP, aktor terkenal itu telah berdepan dengan masalah kesihatan yang serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk mengalami strok pada tahun 2019.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, memberi penghormatan kepada bintang legenda ini dengan menyatakan bahawa Alain bukan sekadar seorang bintang, tetapi ‘satu monumen Perancis’.
Dia akan dikenang sebagai ikon terbesar dalam sejarah pawagam Perancis dan Eropah, yang bekerja dengan ramai pengarah terkenal.
BACA JUGA: Pelakon Filem Black Panther : Wakanda Forever Meninggal Dunia Selepas Jalani Prosedur Perubatan
Walau dipandang tinggi, dia juga dikritik kerana pandangan politiknya yang penuh kontroversi dan sikapnya terhadap wanita, yang menyebabkan reaksi negatif ramai terutama sekali apabila dia dianugerahkan Anugerah Palme d’Or pada 2019
Dilahirkan pada 1935, Alan membuat penampilan pertamanya dalam filem pada tahun 1957 ketika berusia 22 tahun.
Ketika itu dia memegang peranan sebagai pembunuh upaham dalam filem bergenre thriller “Quand la femme s’en mêle” atau bertajuk “Send a Woman When the Devil Fails” dalam bahasa Inggeris.
Untuk pengetahuan pembaca Media Hiburan, jenama fesyen Alain Delon yang popular di pasaran malaysia merupakan jenama yang diasaskan oleh pelakon ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI