Pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtri Yahya menyeru orang ramai supaya berhenti daripada mempengaruhi minda anak muda untuk berkahwin pada usia awal.

Menurut Fedtri, setiap individu itu harus bersedia daripada pelbagai aspek sebelum menempuh alam perkahwinan dan sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, mereka hanya akan menyusahkan orang lain di kemudian hari.

“Tolonglah jangan ‘dakwah’ orang muda kahwin awal. Tak semua matang dan ‘berkemampuan’. Bila dah sedia, pasti mereka sendiri menuju ke arah itu.

“Tak perlu berlumba siapa paling awal. Kalau tak sedia, akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, pengacara program Malaysia Hari Ini itu juga menambah, bermacam-macam rintihan telah dia dengari mengenai budaya kahwin awal ini.

Ads

“Tolong Jangan ‘Dakwah’ Orang Muda Kahwin Awal, Tak Semua Matang & Berkemampuan,” – Ahmad Fedtri Yahya

“Kes 1, baru dua minggu dah nak bercerai sebab ‘baru rasa’ tak bersedia. Duit catering pun tak habis bayar lagi.

Ads

“Kes 2, pelajar universiti email ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan. Saving dia ada rm170 baru.

“Kes 3, dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stress. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar orang diluar sana jelas mengenai perkara sedemikian.

Ads

“Tolong Jangan ‘Dakwah’ Orang Muda Kahwin Awal, Tak Semua Matang & Berkemampuan,” – Ahmad Fedtri Yahya “Tolong Jangan ‘Dakwah’ Orang Muda Kahwin Awal, Tak Semua Matang & Berkemampuan,” – Ahmad Fedtri Yahya “Tolong Jangan ‘Dakwah’ Orang Muda Kahwin Awal, Tak Semua Matang & Berkemampuan,” – Ahmad Fedtri Yahya

Sumber: Twitter Ahmad Fedtri Yahya

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI