Baru-baru ini telah berlangsungnya pentas akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) dan telah menobatkan Fitri Haris sebagai juara bagi pertandingan nyanyian lagu-lagu berunsur ketuhanan ini.

Sehari sebelum pentas akhir itu bermula, Fitri menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa hatinya di kapsyen postingnya dengan meminta orang ramai supaya tidak melaga-lagakan dia dengan kumpulan UNIC berhubung lagu Zinnirah yang dinyanyikan di final GGV2.

‘Tolong Jangan Laga-lagakan Saya Dengan UNIC’ – Ini Penjelasan Lanjut Daripada Fitri Haris

Ads

“SAYA BUKAN NAK LAWAN UNIC DAN JANGAN LAGA LAGAKAN KAMI .. Bismillah .. esok merupakan pentas alhir GGV 2018. Dan mungkin sedia maklum saya mendapat tugasan solo lagu “ZINNIRAH”. Ada suara suara mula membawang dengan jayanya mengatakan kenapa nyanyi lagu zinnirah? kan unic nak keluar zinnirah 2018? lagi beberapa hari?. Saya tiada jawapan selain mendoakan agar di buka hati para pemotong bawang bahawa “minatlah pada mesej dan lagu yang di sampaikan bukan kepada yang membawa”. kerna mesej itu kekal elok selagi elok.. manakala manusia yang menyampaikan ada kelemahan dan sering kekurangan tahao hamba. Apa yang saya boleh nyatakan, di hati saya tiada langsung utk berlawan atau membezakan versi pentas final GGV dan versi UNIC beberapa hari lagi. Saya @fitriharisofficial dan @unicofficials kami sama2 memerah buah fikiran dan ingin hadiahkan yang terbaik, saya minta pertolongan satu sahaja. JANGAN laga lagakan kami dengan ketidak sensitifan anda. saya, @fakhrulunic , @najdiunic , dan @bazliunic bersahabat dan sering memberi sokongan dan doa sesama kami. Moga segalanya di permudahkan. Saya akan sentiasa menyokong @unicofficials dan akan selalau MENYAYANGI unic tidak kira siapa jua ahlinya. kerna itulah tempat sy di lahirkan di dalam insustri inj, mana mungkin sy lupakan.. Semoga kita mendapat keberkatan.. Bismillah.. Doakan solo saya zinnirah esok pada jam 9 malam di astro oasis dan maya HD dan Ria HD dan Ramadhan HD. Bismilah … peace ? #mukaserabut #stressfinal #takpernahrap “KECIL DARI HATI, BESAR DARI IMPIAN,” tulisnya.

Rentetan daripada perkara ini, MH berjaya mendapatkan Fitri sendiri untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hal yang berlaku ini.

Ads

Katanya kepada MH, sejujurnya isu ini sudah lama terjadi dan ramai yang membanding-bandingkan dirinya dengan kumpulan UNIC malah ianya menjadi lebih panas apabila dia diberikan lagu Zinnirah untuk final GGV2.

Ads

“Sebenarnya benda ni dah lama, orang compare kan saya dengan UNIC lagi-lagi bila saya diberi lagu Zinnirah untuk final GGV2.

 

“Memandangkan UNIC nak launching lagu Zinnirah 2018 ini dan saya pula diberi lagu ini, bukan saya yang pilih tetapi pihak Astro yang berikan kepada saya sebagai tugasan di final dan ada segelintir peminat UNIC yang tidak faham dengan situasi yang terjadi dan menganggap saya seolah-olah mahu kembali semula kepada kumpulan UNIC apabila mereka kini sudah popular tapi dorang silap,” jelasnya kepada MH.

Katanya lagi, dia sayang dengan kumpulan UNIC tak kira siapa yang menjadi ahli kumpulan itu kerana dia dan Bazli UNIC yang menubuhkan kumpulan nasyid popular ini.

“Kalau Bazli tak ada dalam UNIC pun saya akan tetap sayang dengan kumpulan ini dan statement yang saya berikan ini tak akan pernah berubah sampai bila-bila.

 

“Apabila UNIC dah berjaya sejak Gema Gegar Vaganza musim pertama yang lalu, kelab peminat UNIC dan kelab peminat saya sendiri ada yang mula bertelagah seolah-olah saya nak tumpang populariti UNIC dan begitu juga sebaliknya. Tapi untuk pengetahuan semua perkara itu tidak terjadi kerana hubungan saya dan UNIC tiada sebarang masalah.

 

“Cuma sekarang ini peminat yang cuba create isu-isu tanpa berfikir tentang sensitiviti kami. Bila dorang buat macam tu, ia sebenarnya sedikit sebanyak effect mood kami. Walaupun kami tak ada masalah tapi ia jadi macam UNIC takut nak rapat dengan saya dan begitu juga saya takut untuk rapat dengan mereka kerana risau banyak kata-kata negatif akan dilemparkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fitri menjelaskan bahawa postingnya itu hanyalah luahan hatinya sahaja dan dia tidak marah kepada peminat-peminatnya mahupun peminat UNIC kerana baginya itu adalah nasihatnya sahaja kepada semua.

“Saya kalau bercakap, saya tak akan post benda yang sia-sia tetapi saya akan nasihatkan dan bagitahu apa hikmah disebalik isu yang berlaku,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI