Penyanyi Aufahanie meminta ramai supaya tidak berkongsi foto Allahyarham abangnya, Nidza Afham yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang, pada petang Rabu.

Aufahanie nama sebenarnya, Aufahanie Mokhtar, 21, turut memohon kepada yang memuat naik untuk memadam perkongsian berkenaan sebagai menghormati perasaannya sekeluarga.

“Tolong. Tolong. Jangan share gambar Arwah abang saya yang ditemui ke social media anda. Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” luahnya.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Saar Hilang Cintamu itu menerusi status terkininya di Instagram, awal hari ini.

Sementara itu menerusi hantaran sebelumnya, Aufahanie turut menitipkan doa buat abangnya yang mesra disapa Am di dalam keluarga.

“I love you Am. Bahagialah di Syurga Firdausi,” tulisnya ringkas bersama dua fotonya bersama Afham ketika kecil.

Terdahulu, Afham dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam kelmarin.

Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.

Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7.00 malam Rabu ialah Nidza Afham.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI