MH pasti ramai yang mengenali bekas isteri kepada pengacara terkenal, Ally Iskandar iaitu Farah lee.
Apakan daya jodoh mereka tidak panjang dan pada tahun 2016 mereka sah bercerai dan hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Maream Esabel.
Biasalah sebagai seorang public figure, sudah tentu setiap yang dilakukan oleh Farah mendapat perhatian daripada netizen dan ramai yang berharap agar Farah bersatu semula dengan bekas suaminya demi anak.
Terbaru menerusi akaun Instagram milik Farah sendiri, dia menyatakan bahawa orang di luar sana hanya reti menyuruh sahaja namun tidak benar-benar memahami apa yang dirasakannya.
“Kadang boleh nampak, kita dididik lebih kepada suruh suruh suruh (ex: “Beratur, semua beratur. Ish beratur pun tak pandai ke.?”) instead of do it together (ex: “Ok jom kita beratur, beratur macam ni, kita kena beratur sebab…) — nampak tak beza.? Dan sedar atau tak, itu mempengaruhi karakter kita. Ramai orang kita reti suruh je, tak ramai yang sudi memahami.
“Contoh, contoh la kan ? :
“Tolong la bersama balik demi anak” – ini ayat suruh, which bila dengar kadang rasa nak lempang ? You’ll will never know what others had been through and how much effort they already gave/tried. Memang niat mungkin baik nak doakan, tapi cara tu agak tak kena, ia mungkin sensitif bagi sesetengah pihak.
“VS
“Suka tengok korang, bersama atau tak, moga yang terbaik untuk kalian” – ini ayat do it together, which bila dengar rasa nak hug ketat2 ? Haha maknanya mereka ada inisiatif untuk memahami kehidupan orang lain yang berbeda2, ada rationality dan empathy disamping menjaga sensitivity.
“Jadi itulah dia contohnya ? Jadi, jom lah kita jadi parents yang memahami dan ada bersama dalam setiap situasi anak2 compared to just suruh cepat baca kira suruh itu ini je which mereka akan membesar EQ tak fully developed lalu menjadi orang yang suka menyuruh, kurang empathy dan akan dilempang suatu hari nanti ??? #ommabebel #harapfahammaksudtersirat #disampingbebeltersurat ?
MH harap dengan penjelasan yang diberikan oleh Farah ini dapat membuka mata netizen untuk memahami situasi dan keadaan tuan punya badan.
Sumber: Instagram Farah Lee