Awal semalam, pelakon Amyza Aznan ada berkongsi sedutan video tular melibatkan seorang lelaki, Muhammad Ashraf Hassan,29 yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.
Menerusi video yang dikongsikan kembali daripada Instagtam Pencetus Ummah Amin, pelakon tersebut antara lain memohon agar semua mendoakan agar lelaki tersebut ditemui selain meminta orang ramai supaya kongsikan video berkenaan.
“TOLONG TUMPANG DOA DARI KALIAN UNTUK IBU INI… PLEASE! SAYU HATI IBU INI….SESUNGGUHNYA DOA DARI ORG2 YG TIDAK DIKENALI JUGA INSYALLAH MAKBUL,
REPOST LA JIKA DENGAN CARA INI KITA DPT MEMBANTU.
“HARI INI SUDAH HARI KE 11 ..MOHAMMAD ASYRAFF KAMI DOAKAN SEMOGA ANDA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT DAN KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA DENGAN SELAMAT,AMIN YRA,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, memetik laporan mStar, Ashraf yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar, dekat Ipoh pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi semalam dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
Sementara operasi pencarian dijalankan, para pengikut Amyza di Instagram juga turut mendoakan agar misi pencarian berjaya dan mendoakan agar ibu mangsa tabah dan bersabar atas apa yang berlaku.
Foto : Instagram Amyza Aznan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI