Awal semalam, pelakon Amyza Aznan ada berkongsi sedutan video tular melibatkan seorang lelaki, Muhammad Ashraf Hassan,29 yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Menerusi video yang dikongsikan kembali daripada Instagtam Pencetus Ummah Amin, pelakon tersebut antara lain memohon agar semua mendoakan agar lelaki tersebut ditemui selain meminta orang ramai supaya kongsikan video berkenaan.

View this post on Instagram

TOLONG TUMPANG DOA DARI KALIAN UNTUK IBU INI… PLEASE!?? SAYU HATI IBU INI….SESUNGGUHNYA DOA DARI ORG2 YG TIDAK DIKENALI JUGA INSYALLAH MAKBUL, REPOST LA JIKA DENGAN CARA INI KITA DPT MEMBANTU ….. HARI INI SUDAH HARI KE 11 ..MOHAMMAD ASYRAFF KAMI DOAKAN SEMOGA ANDA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT DAN KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA DENGAN SELAMAT,AMIN YRA. Yâ Jâmi’an nâsi liyawmin lâ rayba fîhi, innallâha lâ yukhliful mî’ât, ijma’ baynî wa bayna (sebut nama orang yang hilang) Maksudnya : “Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan (sebut nama orang yang hilang tersebut)” InsyaAllah dengan berkat doa ini, Allah swt akan mengumpulkan kembali anda dengan orang, saudara, atau sesuatu yang hilang. (Mujarrabat Imamiyah: 214) Repost: @pencetusummah_amin

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

“TOLONG TUMPANG DOA DARI KALIAN UNTUK IBU INI… PLEASE! SAYU HATI IBU INI….SESUNGGUHNYA DOA DARI ORG2 YG TIDAK DIKENALI JUGA INSYALLAH MAKBUL,
REPOST LA JIKA DENGAN CARA INI KITA DPT MEMBANTU.

“HARI INI SUDAH HARI KE 11 ..MOHAMMAD ASYRAFF KAMI DOAKAN SEMOGA ANDA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT DAN KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA DENGAN SELAMAT,AMIN YRA,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, memetik laporan mStar, Ashraf yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar, dekat Ipoh pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi semalam dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.

Sementara operasi pencarian dijalankan, para pengikut Amyza di Instagram juga turut mendoakan agar misi pencarian berjaya dan mendoakan agar ibu mangsa tabah dan bersabar atas apa yang berlaku.

Foto : Instagram Amyza Aznan