Umum mengetahui rumah tangga pelakon Anzalna Nasir kini diserikan dengan kehadiran dua anak lelakinya, Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Baru-baru ini, Anzalna dan suami, Hanif Zaki turut menggunakan kesempatan yang ada meluangkan masa bersama kedua-dua putera mereka dengan bercuti di sebuah pusat peranginan di Johor.
Yang menarik perhatian netizen ialah kecomelan anak kedua Anzalna iaitu Emirhan yang kini genap berusia empat bulan.
Rata-rata pengikut Instagram Anzalna suka melihat kecomelan Emirhan yang disifatkan mereka mempunyai raut wajah seperti bayi kacukan berasal dari negara Timur Tengah.
“Happy 4 months old Emirhan! Kesian kena paksa ambil gambar tengah panas, nak buka mata pun payah demi content mak dia! I surrender katanya.. hahahaha.
Ads
“Jangan risau, mommy tak kejam masih di bawah payung under my umbrella ella ella ella eh eh eh,” tulis Anzalna berseloroh menerusi perkongsian foto Emirhan yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat mahukan Anzalna melahirkan lebih banyak ‘junior’ Anzalna dan Hanif kerana terpikat dengan kecomelan anak-anak aktres tersebut.
“Tolonglah beranak ramai-ramai sis, yang keluar makin comel.
Ads
“MasyaAllah comelnya kamu Emirhan.
“Ya Allah, anak Turki ni kan.
Ads
“Ya Allah, macam pak Arab, mancung gebu putih gila comelll.
“Comel macam baby mat saleh,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, Anzalna berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan, empat bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dilaporkan telah sah bercerai talak satu bersama suaminya, Muhammad Masyhur Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut laporan Berita Harian, Masyhur mendedahkan perkahwinan mereka yang dibina sejak tiga tahun lalu sudah tiada lagi persefahaman lagi.
“Tiada persefahaman antara satu sama lain. Usaha untuk menyelamatkan perkahwinan dibuat tetapi tidak berhasil,” katanya.
Masyhur berkata demikian sebelum lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.
Lantaran itu, Saifullah mensabitkan penceraian dan memerintahkan defendan menjalani tempoh edah selama tiga bulan selain turut perlu mendaftarkan penceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Mereka menghadirkan diri ke mahkamah tanpa diwakili peguam dan mereka kelihatan tenang sepanjang prosiding berlansung.
Rara berkahwin dengan Masyhur yang bekerja sebagai pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Selain bergelar ADUN Ketari, Young Syefura turut aktif di platform media sosial terutamanya di laman Twitter.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) semakin menghampiri detik kemuncaknya dan bakal melabuhkan tirai pada Ahad, 9 Februari 2025.
Walaupun teka-teki mengenai siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara masih belum terjawab, peminat pastinya teruja dengan kehadiran barisan penyanyi legenda dan bintang popular yang akan bergandingan bersama enam finalis dalam segmen duet.
Antara nama besar yang bakal menyerikan pentas akhir GV11 ialah Datuk Jamal Abdillah, Krisdayanti, Taufik Batisah, dan Pasha Ungu.
Tidak ketinggalan, kumpulan Dolla serta alumni GV dan juara musim ke-9 serta edisi All Stars, Jaclyn Victor, turut akan membuat penampilan istimewa.
Semak Senarai Duet
Ini dia senarai lagu duet yang bakal dipersembahkan oleh finalis GV11 bersama penyanyi undangan:
Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
Liza Aziz duet bersama Krisdayanti – Cinta
Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisah – Aku Bersahaja
Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
The Lima duet bersama Dolla – Bye Bye Bye
Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor – Beribu Sesalan
Cabaran Tiga Segmen Persembahan!
Minggu terakhir GV11 menjanjikan cabaran sengit apabila setiap peserta perlu menyampaikan tiga buah lagu iaitu persembahan solo, duet bersama penyanyi jemputan, serta battle bersama finalis lain mengikut tema It’s Final.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad telah bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Kesemua peserta yang mara ke peringkat akhir akan diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan 1 Syawal tahun ini pasti dirai dengan penuh kegembiraan selepas sebulan berpuasa, meski kita semua tetap insafi diri mengenangkan ada saudara seagama kita yang tetap teguh berjuang menentang anasir jahat.
Dan pastinya juga, amalan saling bermaafan sesama keluargadan sanak saudara menjadi rutin wajib bagi umat Islam yang meraikan.
Malah, persalinan baju raya yang serba baru turut sama menjadi perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti popular tempatan.
Lihatlah barisan (outfit of the day) ootd figura popular ini di hari Aidilfitri hari pertama yang sudah pun separuh hari berlalu.
Mana yang paling meletop dan jadi pilihan korang?
Datuk Seri Siti Nuhaliza & Suami
Ikmal Amry
Meerqeen
Mimi Lana
Nadhir Nasar
Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Fattah Amin
Aiman Hakim & Zahirah Macwilson
Erra Fazira
Datuk Ramli MS & Datin Alyah
Zizie Ezette
Scha AlYahya & Awal Ashaari
Bella Astillah
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suria FM mempersembahkan drama raya 2025 bertajuk Hayati, sebuah karya pertama stesen radio ini yang meneroka genre psikologi emosional.
Drama berdurasi 40 minit itu mengetengahkan...