Dididik untuk sentiasa menghargai waktu orang lain, jelas Zizi Kirana dia cukup kecewa dengan sikap segelintir artis baru BBNU yang tidak menepati masa dan tiada disiplin dalam tugas yang dilakukan.
Jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur pada Rabu, dia pernah berhadapan dengan situasi di mana terpaksa menunggu seorang artis BBNU hampir lapan jam di lokasi sebuah program.
“Kalau ada artis yang lambat memang saya akan terus menegur kerana sewaktu di dalam Akademi Fantasia pada 2209, kami diajar untuk menepati masa kerana di dalam industri, kita bekerja dengan ramai orang.
“Kita kena sentiasa bersedia dan apabila diberi ‘call time’ tolong tepati waktu. Apabila berjumpa orang, hormati mereka kerana itu yang diajar sedari kecil. Itu dipanggil disiplin diri.
“Namun apabila artis baru ini buat perangai, susah dia mahu bertahan dan mendapat tawaran selepas itu.
“Paling lama saya pernah menunggu artis baru daripada jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 petang, hampir lapan jam. Saya tidak mahu menyebut nama artis itu, biar rahsia. Itu paling lama saya menunggu sepanjang berapa tahun dalam industri.
“Waktu itu saya pula perlu bergegas ke tempat lain untuk persembahan jadi agak kecewa dengan sikapnya,” jelasnya kepada media.
Dalam pada itu, dia turut menyelar tindak tanduk segelintir yang tiada rasa hormat kepada artis veteran walaupun duduk dalam majlis yang sama.
“Banyak saya jumpa artis baru yang tidak menghormati yang lama. Kalau tidak menegur saya tidak mengapalah, namun artis veteran lain pun dipandang sepi oleh segelintir mereka. Kalau tidak sempat bersalam, apa salahnya senyum, tidak susah kan?
“Nasihat saya, tolonglah jaga timing dan attitude anda sebagai artis,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, New Balance bakal melancarkan koleksi terbaru stail 90-an untuk generasi masa kini. Rekaan 850 ini bakal berada di pasaran bermula 15 Februari depan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI