Penyanyi yang kini sedang bersaing dalam progra Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom berkongsi kisah hidupnya sewaktu memilih untuk meniggalkan suami dalam keadaan sedang hamil anak ketiga.
Susulan itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia juga melahirkan anaknya seorang diri.
“Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin jodoh tak panjang. Masa saya tengah hamil dua bulan saya hidup sendiri, tidak sebumbung dengan suami. Daripada baby dalam perut itu berusia dua bulan saya bawa diri sendiri ke Langkawi.
“Sehinggalah saya lahirkan dia pun seorang diri, tak ada orang azan, tak tahu nak minta tolong siapa. Bila balik dari hospital tu, keadaan kita yang tiada suami. Susahlah seorang-seorang,” katanya.
Tom berkongsi situasi sukar itu menerusi sedutan rakaman temu bual sebelum persembahan, malam tadi.
Tom pada masa sama berharap dalam apa saja keadaan, dia akan tetap cuba membesarkan anak-anaknya dengan baik.
“Saya ada tiga orang anak, tapi yang saya jaga hanya dua orang. Untuk anak Mama, Adam. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Adam. Harap satu hari nanti kita akan dapat jumpa.
“Dan juga buat dua anak Mama, Mama buat semua ni untuk kami. Mama sanggup dikecam takpe, tak kisah. Janji Mama dapat lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan kita,” katanya lagi.
Anak sulung Tom yang kini berusia 14 tahun kini dijaga sepenuhnya oleh bekas suami, sementara dua anaknya lagi bersamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Sebab Ardell Menggigil, “Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil, Perempuan Parkinson…” Suami, Nadzmi Adhwa Dedah Puncanya
Selepas ada segelintir pihak yang memberikan pelbagai spekulasi mengenai aksi pasangan pengantin baru, Ardell Aryana yang dilihat seperti menggigil lalu kelihatan seakan-akan sebak ketika mahu disarungkan cincin ketika hari pernikahan, suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa tampil memberikan penjelasan.
Menerusi Instagram, pelakon drama Namaku Bedah ini memaklumkan, Ardel sebenarnya ada menghidapi anxiety serta depresi yang teruk sebelum ini.
Malah, Nadzmi turut mengakui isteri tercintanya masih dalam tempoh pemulihan.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
“Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas.
“Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lg dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi , apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack. Yg boleh mengakibatkan black out , pitam , sesak nafas,” tulisnya.
Pada masa sama, Nadzmi turut menjelaskan bahawa perasaan seorang sahabat dengan perasaan bergelar suami isteri juga jauh bezanya.
“Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan & perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya , dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz.
“Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward dihadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan org ramai.
“Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yg menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dlm hidup kami , dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah,” maklum Nadzmi yang tidak menafikan dirinya tidak mampu untuk menghentikan kata-kata netizen.
“Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen , tp sy berharap tolong doakan yg baik2 dan jgn timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami.
“Sedaya upaya sy dan family kami cuba naikkan semangat isteri sy sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini.
“Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yg ade hati. Sebagai seorang suami. Tolong jaga hati isteri saya & jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya.
“Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri, family mertua sy dan family sy. Segala yg buruk datang dr kami, yg baik datang dr Allah SWT. Terima kasih utk doa yg baik2 dan terima kasih juga utk yg sebaliknya,” tulis Nadzmi panjang lebar.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Kedai Tepek Muka Dia,” – Dituduh Guna ‘Kabel’, Tenang Rileks Jawab Balas Fazley Yaakob
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi satu ciapan yang dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa dia seolah-olah menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’ untuk menjadi duta beberapa jenama makanan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini memuat naik kembali ciapan tersebut di Instagram miliknya.
“Kuat betul cable chef fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia lol,” ciap individu berkenaan sambil turut dibalas Fazley.
Dalam pada itu, dia menerusi ruangan kapsyem hantaran terbabit memberikan respon susulan dakwaan terbabit.
Jelasnya, kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah atas berkat doa ibu dan isteri tercinta.
“Memang kabel saya kuat! Kabel doa Ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak,
“Sambil tengok Netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan. Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?,” tulisnya sinis.
Reaksi terbabit turut menerima pandangan daripada para pengikutnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Individu Akhirnya Bersemuka Dengan Rita Rudaini, Masih Pertimbang Saman Malu
Aktres Rita Rudaini akhirnya bersemuka dengan dua individu yang meninggalkan komen menerusi media sosial aktres tersebut yang berniat jahat mempersoal taraf anak-anaknya.
Sekali gus, ia memberi kesan buruk terhadap kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Dua lelaki yang dimaksudkan, tampil memohon maaf secara terbuka sekali gus mengakui tindakan mereka memfitnah status kedua anak lelaki pelakon, Rita Rudaini di Instagram dan Facebook.
Dua individu berkenaan ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, pengguna akaun Facebook.
“Apabila komen tersebut diperkatakan, ia tidak berhenti di situ saja hingga jadi tular.
“Malah anak-anak turut ditanya mengenai hal sama. Jadi bila hal itu berlaku, rasanya saya patut ambil tindakan sewajarnya atas nasihat peguam,” jelas Rita kepada MH.
Pelakon tersebut pada masa sama turut menjelaskan, keduanya sudah mengakui kesilapan atas apa yang ditulis mereka menerusi media sosial miliknya.
“Melalui percakapan yang direkod, keduanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun IG dan Facebook saya.
“Saya berharap pernohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya lagi.
Peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Naya, pula menegaskan pihaknya masih mempertimbangkan untuk membuat saman malu.
“Memandangkan perkara ini sudah menular di semua platform media sosial dan berangkai, anak guam saya akan mempertimbangkan untuk saman malu.
“Perkara ini juga memberi kesan kepada dua anak Rita apabila mereka turut ditanya di sekolah mengenai status mereka dan isu ini.
“Sekali gus, ia mencalar imej, maruah diri dan kredibiliti Rita. Apa pun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat bintang Mami Jarum itu dengan diwakili peguam pada 21 Oktober lalu di Balai Polis Kota Damansara jam 2.30 petang.
Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Ikuti temu bual penuhnya;
#MHLive Akhirnya individu yang memberi komen mempersoal taraf anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
#MHLive Seorang lagi individu yang memberi komen berniat jahat anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI