Penyanyi Tom menyifatkan kehidupannya kini sudah lengkap selepas berpeluang bertemu seterusnya dapat mengisi masa bersama anak sulungnya, Adam, yang terpisah sejak sekian lama.
Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dia teruja kerana sudah pun beberapa kali bertemu dengan permata hati selepas kira-kira hampir 10 tahun tidak bersua.
“With anak-anak. Complete dah life Tom. Dapat balik anak sulung Tom. Ni gambar throwback masa pergi jumpa dia beberapa kali.
“Yang tanya nak gambar anak sulong Tom, maaf. Tom terpaksa jaga privacy dia. Tom tak nak orang jumpa dia tanya dia macam-macam. Lagi pun nama Tom bukannya baik sangat.
“So Tom tak nak dia terpalit sama. Dah la baru jumpa balik lepas sembilan tahun. Gambar ni je Tom dapat tunjuk memandangkan ramai bertanye ‘pergi jumpa anak yang terpisah tu ke’,” jelasnya.
Perkara itu dikongsikan bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
Bagai rezeki menjelang tahun baru, Tom turut akui dia sebolehnya mahu hubungan yang terjalin terjaga privasinya.
“Actually lama dah Tom pergi jumpa selepas GV dan banyak kali jumpa dah. Tak nak bagitahu sebab ada beberapa wartawan yang nak follow.
“Ikutkan Tom nak privacy. Nak kena jaga hati dan keadaan family sebelah sana. Mama love Adam, Adler dan Evans,” luahnya lagi.
Sementara itu menerusi perkongsian berbeza, Tom akui dia kini sedang meniti fasa bahagia susulan keberadaan anak-anak di sisi.
“Dah besar pun tetap my baby. Mama love Adam. Kering air mata dah dulu-dulu. Sekarang happy sangat dapat baby aku balik.
“Walaupun dia dah besar baru dapat, its okay tak apa. Mama tak nak hilang baby Adam lagi lepas ini,@ tulisnya.
Sekadar informasi, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan selain Adam, dia turuy dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini