Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kini mahu memberikan fokus terhadap dirinya sendiri menjelang konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku yang bakal berlangsung pada 30 November ini.
Menurut Bella, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan sebarang kenyataan susulan konflik melibatkan pihak penganjur dan artis lain.
“Segala yang berlaku ketika ini, saya hanya mengetahuinya daripada media sosial. Pihak penganjur pun tiada berikan sebarang kenyataan.
“Ketika ini, saya hanya fokus pada diri sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Tapi Bukan Denganmu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Jelajah Jiwa SME yang berlangsung di Central I-City, Shah Alam pada Jumaat.
Sementara itu, Bella turut memberikan reaksinya terhadap kritikan netizen selepas video nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Mati-Matian tular di media sosial.
“Saya faham dan tidak marah. Masing-masing ada pendapat sendiri. Sebelum ini, saya ada pergi ke kelas vokal tapi saya tak berkongsi kepada umum.
Ads
“Mungkin selepas ini, saya akan berkongsi proses pembelajaran itu di media sosial.
Saya terima segala kritikan dengan hati yang terbuka.
“Saya akui diri ini punyai banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki demi kebaikkan saya juga.
“Saya ingin berterima kasih buat mereka yang masih mengambil tahu dan mengambil berat. Mungkin mereka tidak mahu saya dikecam lebih teruk. Setiap kata-kata itu membina semangat saya untuk menjadi lebih baik,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kini sudah lali untuk berhadapan dengan kontrovesi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menganggap ia lumrah anak seni.
Ads
“Sebagai seorang artis di dalam industri seni, kita memang tidak boleh dijauhkan daripada kontroversi.
“Buat masa sekarang, saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa.
“Apa sahaja kontroversi atau tomahan yang dilemparkan, saya anggap itu sebagai pembakar semangat untuk saya menjadi lebih baik selepas ini.
Mengenai persiapan konsert pula, Bella memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk memberikan persembahan terbaik.
Ads
“Kita belum mulakan perancangan khusus kerana saya sedang fokus dengan kelas vokal bersama Cikgu Shafie. Ini perkara paling utama sekali. Saya nak perbaiki diri sendiri dahulu.
“Berkenaan lagu pula, kami belum buat sebarang keputusan kerana penyanyi yang terlibat juga ramai. Kesemua mereka merupakan nama besar.
“Saya rasa diri ini sangat kecil tapi bersyukur kerana ini merupakan peluang dan rezeki. Jadi, saya perlu buat yang terbaik,” akhirinya.
Jumaat lalu, penyanyi Stacy melalui syarikat pengurusan, Rythm & Rhyme mengumumkan menarik diri dari Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Stacy dilapor mendakwa, penarikan diri dibuat atas sebab teknikal dan enggan memberi ulasan terperinci berhubung perkara itu.
Selain Bellax konsert yang menggabungkan penyanyi wanita dari Sabah itu turut menampilkan Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikky Palikat Wani Kayrie, Ayu Damit dan Azharina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peserta berusia 16 tahun, Ika yang dikecam ramai gara-gara bersikap ‘biadap’ terhadap juri program All Together Now Malaysia 2 (ATNM2) tampil memberikan kenyataan berhubung isu yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
Menerusi satu video yang dikongsikan di platform TikTok, Ika menerusi status di media sosialnya berkata dia tidak perlu memberikan apa-apa penjelasan kerana enggan membazir masa selain mengakui kesilapannya.
“Biar ahli keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah cukup.Saya tak perlu memberi penjelasan sebab orang tak kisah nak ambil tahu mengenai apa yang betul atau salah.
“Saya tak nak membazir masa berbuat demikian.Saya akui kesilapan saya dan sebagai manusia biasa, saya sentiasa sedar diri di mana saya berpijak,” tulisnya.
“Hanya Allah dan saya sahaja tahu perkara yang sebenar,” tulisnya.
Dalam entri itu juga, Ika turut ‘mengecam’ netizen yang seolah-olah mengetahui apa yang berlaku di belakang pentas program itu.
“Yang cakap tu kan macam tahu je apa yang jadi belakang pentas.Macam tahu je apa yang Astro nak semua hmm,” tulisnya lagi.
Terdahulu, tindakan Ika menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada biadap serta bahasa tubuh tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.
Ika didakwa bersikap acuh tak acuh apabila ditanya Catriona sama ada dia selesa atau tidak membawakan lagu yang disampaikan ketika membuat persembahan.
Malah, perlakuannya itu turut dibidas dua juri lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan komposer Ajai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pegacara dan bekas peyampai berita, Zakiah Anas mengenang kembali detik-detik awal perkenalannya bersama sahabat baik yang juga merupakan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menurut Zakiah, mereka yang pada ketika itu berhasrat ingin menjadi wartawan penyiaran telah dipertemukan di bilik berita, TV3 lebih tiga dekad yang lalu.
Katanya lagi, Aznil sememangnya seorang yang berbakat besar sejak daripada awal kemunculannya di dalam industri penyiaran.
“Berbangga sangat dengan sahabat yang sorang ni. The one and only @aznilnawawihm. Kami sama-sama bermula 31 tahun lalu di Bilik Berita TV3 Jalan Liku Bangsar.
“Sama-sama bertatih nk jadi wartawan penyiaran bersama tujuh orang lagi rakan satu batch. Dia terus layak menjadi pembaca berita, sedangkan saya berpeluh-peluh comot jadi wartawan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Zakiah turut menambah, meskipun tidak lagi bergelar penyampai berita pada waktu itu, namun, dia tetap berbangga melihat perjalanan Aznil di dalam industri hiburan tanah air.
“Namun selepas itu bakatnya lebih terserlah dan cemerlang di bidang hiburan. Saya terus di bilik berita dan rezeki juga lepas tu dipilih sebagai penyampai berita. Alhamdulillah
“Dan dia terus gilang mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dikecapi serta anugerah diraih dan yang terbaru ‘Anugerah Khas MELETOP’. Nil you are completely amazing,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zakiah baru sahaja menbuat kemunculan semula di program berita, Buletin Utama TV3 selaku penyampai berita ‘lagenda’ bersempena ulang tahun kelahiran TV3 yang ke-38.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zakiah Anas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kini dikejutkan dengan dakwaan yang mengaitkan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun, dengan mendiang pelakon, Kim Sae-ron.Tuduhan ini pertama kali dibangkitkan oleh...