Uncategorized

‘Tomok Rindu Nak Cakap Dengan Ayah’ – Tomok Mohon Doa Peminat Untuk Bapa

Share

Bapa merupakan lelaki pertama yang ada di dalam hati setiap anak dan bapa jugalah yang menjadi hero di mata anaknya.

Hati MH sayu apabila membaca luahan hati penyanyi popular, Tomok tentang bapanya yang dikongsi menerusi akaun Instagram.

Menerusi ruang kapsyen perkongsiannya, Tomok meluahkan tentang kesihatan bapanya selepas mengalami strok dan dia memohon semua untuk mendoakan kesihatan bapanya kembali pulih.

Nampaknya ramai pegikut dan peminat Tomok menghujani ruang komen dengan kata-kata doa buat bapanya.

shahmyhashim: Semoga ayh tomok cepat sembuh dan d permudahkn urusan rawatan @tomokofficial

anntz_y: Syafakallah buat ayah @tomokofficial. Semuga Allah permudahkan segala urusan serta memberi kesembuhan yg segera pada beliau. Aamiin Allahumma Aamiin.

mahanihanie_: Semoga diberikan kesembuhan insyallah amin3 semoga tomok n keluarga diberikan kekuatan tuk menempuh ujian allah ????

MH juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan bapa Tomok diberi kesihatan yang baik serta pulih seperti sediakala.

Sumber: Instagram Tomok

Published by
Izzati Ramli