Dua penyanyi terkenal tanah air yang mula menempa nama pada lewat 90-an, Tomok dan Siti Nordiana bakal berkongsi pentas untuk mengadakan konsert istimewa yang diberi nama Konsert Memori Berulang.
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 1 February 2025 itu akan diadakan di Zepp, Kuala Lumpur.
Kolaborasi diantara Tomok dan Siti Nordiana mula mendapat perhatian selepas mereka melancarkan single duet terbaharu yang berjudul Memori Berulang yang kini sudah pun meraih lebih 3 juta tontonan di Youtube.
Malah, nama Tomok dan Siti Nordiana juga sudah sinonim dengan jolokan ‘King & Queen of Leman’ susulan kejayaan mereka menghasilkan pelbagai lagu hits sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Tomok yang turut bertindak selaku penganjur konsert di bawah syarikatnya, Popsicle Records, konsert ini ternyata istimewa kerana diadakan untuk mengimbau memori lama sepanjang bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah.
Ads
“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana.
“Sepanjang bergelar penyanyi, ini kali pertama kami berkolobarasi demi penyokong dan peminat.
“Konsert ini juga akan mengimbau kenangan lagu duet Nana bersama Allahyarham Achik yang akan dinyanyi oleh saya.
“Saya yakin lagu-lagu hits seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyifatkan konsert ini merupakan hadiah terbaik buat para peminat yang mengikuti kerjaya mereka selama lebih dua dekad.
“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini keran ia amat sinonim dengan saya dan Tomok.
Ads
“Saya juga tidak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi mencetuskan satu fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z.
“Apa-apa pun, saya bersyukur kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima ramai,” katanya.
Tiket Konsert Memori Mungkin Berulang mula dijual pada 28 Oktober 2024 dengan harga bermula RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP Box RM5,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang menganggap dia tidak lagi mahu menyanyikan lagu-lagu berunsur cinta sesama kekasih.
Menurut Alyah, apa yang dimaksudkan ialah mesej sesebuah lagu yang akan dinyanyikan itu sebolehnya biarlah berlandaskan mesej baik dan sesuai didengari semua lapisan usia.
“Perlu untuk jelaskan, saya masih lagi menyanyikan lagu yang mempunyai unsur cinta, tapi yang mempunyai elemen kebaikan tentang apa yang ingin disampaikan.
“Contohnya, bukan yang macam… ‘bila kau tiada, aku mati’ tetapi ia lebih kepada… ‘kalau kau cintaiku, kahwinilah aku.’ Maksudnya, bait lirik biar cenderung kepada mesej yang baik, tak terlalu ‘lara’ atau meratap cinta pada pasangan.
“Apapun, saya hormati setiap buah karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing,” katanya.
Ditanya sejauh mana pendiriannya terhadap pemilihan lagu sedemikian ketika ini, isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS itu percaya rezeki.
“Dalam soal ini, kita semua tahu siapa yang memberi rezeki. Tinggal lagi kita perlu usaha dan pasang niat dengan betul. InsyaAllah tuah itu akan ada di mana-mana.
“Malah saya sendiri tidak pernah jangka capaian Thank You Allah misalnya begitu luar biasa hingga ke hari ini. Meski dari segi persembahan itu kurang kerana situasi semasa, tapi dari segi media sosial ia amat baik, syukur alhamdulillah.
“Bukanlah nak kata lagu-lagu cinta saya sebelumnya tak jalan, tapi penerimaan baik terhadap percubaan Thank You Allah buatkan semangat saya jadi lebih besar. Dalam berkarya ni, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan,” katanya.
Alyah ditemui pada majlis pelancaran cawangan ke-43 Mokti’s di Puncak Jalil, pada Sabtu.
“Saya hadir sebagai meraikan kenalan yang juga pengasas Missy Eldee, Puan Sharifah Norliza Syed Hamid. Dia juga antara ‘fouder’ yang tampil dalam muzik video Thank You Allah, sebagai Along.
“Kami saling kenal sudah lama dan saya turut tumpang gembira atas kejayaannya yang kian suskes dengan bisnes,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah yang turut melancarkan jenama ‘ready to wear’ (RTW) Labeesa by Datin Alyah akan melancarkan single baru, awal tahun depan.
“Setiap kali saya buat siaran langsung di Instagram, saya selalu belanja bahagian chorus lagu tersebut. Saya perdengarkan kepada peminat sebelum ia dilancarkan.
“Lagu ini mengisahkan mengenai hubungan adik-beradik. Sebab kadang-kadang kita mungkin lupa bahawa hubungan saudara itu paling penting berbanding wang ringgit.
“Bagaimanapun, penceritaannya bukanlah kesinambingan kepada jalan cerita dalam muzik video Thank You Allah, tetapi elemen nilai hubungan kekeluargaan itu yang dikekalkan.
“Lagu tersebut masih tiada tajuk, hasil ciptaan saya sepenuhnya dengan lirik bersama Shah Samsiri. InsyaAllah lagu tersebut akan menjadi buah tangan pertama saya tahun 2022,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali telah diundang untuk menjadi tetamu undangan untuk Carta Suria 40 di Suria FM bersama dengan penyampai radio, Fizi Ali.
Pelbagai perkara telah dikongsikan, antaranya mengenai kecaman dan kritikan yang sering diterima.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Peluang Kedua ini, insiden yang berlaku kepada dirinya telah banyak mematangkan dirinya.
“Saya tiada pengalaman dalam industri hiburan jadi bila saya masuk saya sedih sebenarnya, tapi saya suka nyanyi jadi saya nyanyi juga sebab saya buat benda yang saya suka,
“Nak kata lali tu tak adalah tapi saya dah terima layanan yang macam tu dari dulu cuma yang beza dengan sekarang dia bertambah sahaja,
“Macam sekarang umur pun dah 29, dulu umur 23 jadi sekarang berfikiran lebih matang. Jadi saya anggap benda ini semua satu rezeki dan ujian yang saya rasa Tuhan nak bagi untuk tengok kita ni sabar ke tak untuk capai apa yang kita nak,
“Rezeki kita tak boleh nak persoalkan sebab kalau kita tak percaya dengan rezeki maksudnya kita percaya dengan kuasaNya,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada penyanyi kelahiran bintang program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 ini.
Foto: Instagram Suria FM, Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...