Penyanyi Tomok yang berada di kedudukan pertama dalam saingan minggu keenam Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9), Ahad lalu meluahkan rasa syukur.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail meraih markah sebanyak 84 peratus dari barisan juri, termasuk 17 peratus untuk persembahan yang dinilai Ramli MS.
Ramli dalam satu kenyataan mendedahkan markah tersebut adalah yang paling tinggi (markah penuh ialah 20) pernah diberikan kepada mana-mana peserta GV untuk persembahan.
Ads
“Rasa tak sangka, dapat markah yang tinggi. Terima kasihlah kepada barisan juri. Semua ini membuatkan saya perlu bekerja lebih keras, ada beberapa minggu lagi.
“Malah saya pasti kawan-kawan lain pun ada strategi masing-masing. Kita nak kan satu ‘good fight’. Saya cubalah, ia secara tak langsung beri saya semangat untuk cuba buat yang baik saban minggu,” katanya kepada MH.
Mengulas konsep persembahan yang ditampilkan menerusi lagu Everybody (Backstreet’s Back) dari Backstreet Boys, Tomok akui dia cuba beri kelainan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Ads
“Rasanya sangat berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan minggu ini… pakai kanta lekap, tak pernah pun pakai. Dengan lagu yang tak pernah saya nyanyikan dapat pula sokongan semua yang hadir. Saya sangat bersyukur, alhamdulillah.
“Kalau nak diikutkan, lagu ini konsepnya dah memang hantu (dalam muzik video). Jadi saya rasa kalau dapat lagu ini, kita nak buat macam tu dengan tema yang berbeza sikit. Terfikir nak masukkan mood ‘Pirates Of The Caribbean’ dan selitkan sikit langkah tarian Michael Jackson.
Ads
“Saya cadangkan pada produksi dan mereka bersetuju, itulah yang kalian lihat. Kiranya saya nak berikan kelainan menerusi persembahan di GV9, insyaAllah.
“Idea datang daripada saya dan pasukan. Saya perlu kreditkan mereka yang berada di belakang yang sentiasa beri idea, termasuk daripada segi susunan muzik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Jangan terpedaya! Itu bukan brand saya,”. Demikian tegas angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha apabila menyedari terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya sebagai promosi dan iklan sebuah produk pembasmi kuman (hand-sanitizers).
Sheikh Muszapahar turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan tersebut yang mahu mengaut keuntungan semata-mata dengan menggunakan wajah individu ‘public figure’ atau selebriti tanpa pengetahuan.
“Pic – Jangan terpedaya …
“This is not my brand and I don’t endorse them.
“Jangan tertipu oleh banyak produk palsu di luar sana.
“Only buy reliable big brands to ensure effectiveness …. not one endorsed by celebrities or unknown brand.
“This is surely not the time to exploit others .
“Salam Everyone, Just sharing ….
“PS – Many DM me being sold on FB and I’m giving my response,” tulisnya.
Dalam masa sama, Sheikh Muszaphar menyifatkan bahawa individu terbabit mengambil kesempatan terhadap orang ramai kerana kekurangan produk tersebut di pasaran.
Foto : Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS menyifatkan Aliff Aziz tidak berjaya mengawal jiwa lagu Arjuna yang dibawanya dalam saingan minggu keenam program itu, malam tadi.
Maestro muzik itu menambah, persembahan Aliff menerusi lagu asal Dewa 19 juga tidak fokus.
“Dia bersepah banyak benda, tak proper. You menyanyi tu… dia tidak sebati dengan muzik. Ia sesuatu yang teknikal. Jadi you sepatutnya control.
“Lagu ini… dia bukannya susah, tapi nak control jiwa dia dan nada itu. So banyak bersepahlah. Yang kali ini, tak okay,” katanya.
Ramli mengulas mengenai persembahan tersebut sejurus Aliff selesai membuat persembahan.
Aliff berada di kedudukan tiga paling corot dengan 62.00 % bersama-sama Noryn Aziz (63.00%) dan Zamani yang diumumkan sebagai bintang yang tersingkir kali ini (56.50%).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ushawan, Aeril Zafrel merakamkan rasa syukur dan terbuka dengan jantina anak ketiganya.
Wawa selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Ayya Soffya petang Ahad.
“Bagi saya bayi lelaki atau perempuan itu semua rezeki, alhamdulillah. Saya sendiri pernah uruskan anak lelaki dan perempuan jadi masing-masing ada karenah tersendiri.
“InsyaAllah kali ini saya boleh urusan dengan baik,” kata Aeril ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak ketiga mereka di Damansara Perdana baru-baru ini.
Selain mendedahkan jantina anak, Aeril bersama Wawa turut melancarkan item solekan edisi terhad, Baby Girl Edition.
Sementara itu, Wawa turut bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk bekerja sepanjang kehamilan.
“Kandungan ketiga ini alhamdulillah saya dikurniakan kudrat yang kuat. Meski sudah terlalu sarat masih kuat untuk ke sana-sini.
“Malah saya sendiri terkejut dengan kekuatan yang diberikanNya. Mungkin disebabkan oleh semangat selain team pekerja buatkan saya lebih bersemangat,” jelasnya.
Pasangan usahawan kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya yang baru sahaja dilahirkan.
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.