Penyanyi terkenal antarabangsa, Toni Braxton, 57, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia bersama penyanyi rap, Birdman atau nama sebenarnya Bryan Christopher Williams, 56, pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan portal TMZ yang memetik dokumen mahkamah, pasangan itu telah disatukan pada 8 Ogos 2024 namun hanya dua minggu kemudian, Braxton dilaporkan telah memfailkan permohonan penceraian atas alasan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang lebih mengejutkan, tarikh perpisahan yang dinyatakan dalam dokumen tersebut adalah pada 10 Ogos, hanya dua hari selepas tarikh pernikahan.

Ads

Bagaimanapun, kemelut itu dipercayai telah reda apabila pada Januari 2025, penyanyi lagu popular “Un-Break My Heart” itu dilaporkan telah menarik balik permohonan cerainya dan tindakan itu turut mendapat persetujuan Birdman.

Ini bermaksud pasangan berkenaan masih sah sebagai suami isteri dari segi undang-undang. Namun, sehingga kini status sebenar hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.

Ads

Ini disebabkan Toni dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan dalam mana-mana hantaran terbarunya di laman Instagram. Malah, kedua-duan mereka juga telah memadamkan foto bersama daripada media sosial masing-masing.

Ads

Untuk rekod, Toni dan Birdman mula menjalinkan hubungan cinta sejak Mei 2016 selepas berkenalan selama beberapa dekad sebagai rakan industri.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI