Tonton Drama Mak Nak Peluk, Reaksi Norman Hakim & Ibu Undang Sebak, “Terima Kasih Allah Untuk Kesempatan Ini.”

Share

Mengabadikan kenangan terindah bersama ibu tercinta, pelakon Norman Hakim memuat naik video di IG TV baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak apabila kedua-duanya saling menyuap makanan antara satu sama lain.

“Sayang mak…Love u mak.Terima kasih utk segala2nya. Semalam tengok Cerekarama


#MakNakPelukBoleh dgn mak.

“Tiap kali keluar lagu ni, nampak dia kesat air mata. Mak cakap pandai @rashidsibir
pilih lagu”.

“Saya tanya “Kenapa mak nangis?”Dia cakap dia teringat kat Arwah mak dia (my Tok Mak) bila dengar lagu ni (AL-FATIHAH),” kongsinya. 

Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas 2 itu turut memberikan kata-kata mutiara untuk menghargai wanita bergelar ibu.

“Hargailah yang tersayang terutama Ibu kita selagi masih ada.Kalau ada yg Allah dah cuit jiwa & rasa tu teringat kat mak kita,jangan tunggu lama.

“Cepat-cepatlah call sekarang bgtau yg kita sayang dia. Kalau dekat, pergilah jumpa selagi masih ada.

“Yang dah kembali kepadaNya,sedekahkan AL-FATIHAH,ziarahlah kubur dia. Terima kasih sekali lagi Allah s.w.t utk kesempatan ini,” tulisnya.

Berlatarbelakangkan lagu Mawar Putih Untuk Mama nyanyian biduanita, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini telah mengundang sebak penonton.

Video : Instagram Norman Hakim

Published by
Amynur Akmal