Tonton Konsert & Cium Dahi Suami, Priyanka Chopra Lenyapkan Gosip Bakal Berpisah Dengan Nick Jonas Selepas 4 Bulan Berkahwin

Share

Selepas heboh media Hollywood yang membuat spekulasi pasangan popular, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akan bercerai kerana dikatakan tidak terlalu diri masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, bintang Bollywood itu seperti ‘melenyapkan’ gosip yang bertebaran.

Priyanka akhirnya memuat naik foto dirinya bersama adik-beradik suami.

Difahamkan, foto berkenaan diambil sehari lalu, ketika Priyanka hadir bagi memberi sokongan terhadap konsert The Jonas Brother yang turut dianggotai Nick, baru-baru ini.

“My first ever #jonasbrothers show. And it was incredible!!! I’m so proud of these guys!!,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #family.

Sementara di Insta Stories, Priyanka dilihat turut bermesra dengan suami dan turut mencium dahi lelaki berkenaan.

Foto: Instgram Priyanka/ Sumber: The News International

Published by
Rafiq Mazlan