Barisan 12 finalis Hero Remaja 2020 sudah pun terjawab menerusi sidang media khas yang dilangsungkan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hero Remaja 2020 bakal dihoskan oleh Ain Edruce sementara Datuk Hans Isaac dan Scha Al Yahya menduduki kerusi juri tetap.
Nah, ini dia barisan finalis yang bakal bersaing merebut gelaran Hero Remaja 2020;
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Khamis, jam 9.00 malam bermula 27 Februari depan menerusi Astro Ria dan Ria HD.
Sementara episod kemuncak minggu kelapan bakal disiarkan secara langsung pada 16 April 2020.
Pengajuran pencarian bakat Hero Remaja 2020 ini merupakan sebuah lagi kerjasama strategik di antara Astro menerusi saluran Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Terdahulu, seramai 600 calon remaja lelaki telah hadir pada sesi uji bakat bagi mencuba nasib yang berlangsung selama empat hari di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
All the best buat semua calon juara Hero Remaja!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hubungan Masih Baik, Syazwan Zulkifly Bawa Bekas Tunang Beraya Di Kampung
Meskipun sudah hampir dua tahun putus tunang, pelakon, Syazwan Zulkifly memaklumkan hubungannya bersama bekas tunang yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli, masih lagi baik sehingga hari ini.
Malah, Syazwan turut mendedahkan dia bakal membawa bekas tunangnya tu untuk menyambut hari raya Aidilfitri di kampung halamannya di Melaka.
Jelas Syazwan, dia tidak mahu Syawariah berasa sunyi memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia manakala adik-beradiknya yang lain pula beraya di rumah mentua.
“Tahun ini, saya masih lagi beraya secara solo tapi berkemungkinan bekas tunang saya akan ikut sekali beraya di kampung saya di Melaka.
“Kedua-dua ibu bapa dia pun sudah tiada lagi. Ahli keluarga dia yang lain pula banyak beraya di rumah mentua. Mak saya juga dah kenal dia. Mak saya lagi rapat dan percaya dia daripada saya.
“Jadi, bila dia kata nak ikut, saya okay sahaja. Ia ibarat macam pergi bercuti la untuk dia. Sebelum ini saya sudah pernah bawa dia beraya di kampung saya,” katanya kepada MH.
Pelakon siri Nenek Bongkok Tiga itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Viu Together Gather di Pavillion Hotel baru-baru ini.
Ditanya adakah dia berhasrat untuk kembali bersama bekas tunangnya itu, Syazwan berkata, dia dan bekas tunang tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut.
“Sebelum bertunang, kami memang sudah berkawan lama. Hubungan kami memang sentiasa baik dan tak pernah bergaduh.
“Untuk kembali bersama, saya pun tak tahu macam mana nak jawab. Kami putus tunang sudah dua tahun dan tak pernah berbincang untuk kembali bersama.
“Saya tak pernah mencari orang lain tapi kalau untuk dia, saya tak tahu. Saya pun tak pernah bertanya jika dia sudah ada teman lelaki baharu atau tidak.
“Mungkin gelaran ‘tunang’ itu sahaja yang tiada kerana kami masih luangkan masa bersama. Kadang-kadang, kalau saya tiada di rumah, dia akan bantu jaga kucing saya. Ia merupakan kucing kami bersama. Kami beli ketika bertunang dahulu,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Syazwan tetap menyerahkan soal jodohnya bersama bekas tunang kepada yang maha Esa.
“Memang selama ini fokus saya hanya pada kerjaya sahaja. Saya belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Dia pun begitu.
“Ibu saya pun tak bertanya kerana adik saya sudah berkahwin. Jadi, tiada tekanan untuk saya. Saya anggap diri saya muda lagi. Baru 36 dan kata orang, pada usia begini, hidup kita baru nak bermula.
“Namun, ia bergantung kepada soal jodoh juga. Kalau ada jodoh saya dengan dia, saya terima. Kalau tiada, kita teruskan sahaja hidup.
“Nak kata selesa hidup membujang, kadang kala bosan juga. Tapi nak buat macam mana? Itulah realitinya,” akhirinya.
Syazwan dan Sya mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga Sya di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.
Namun, mereka sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baju Kalis Peluru Yang Dipakainya Tidak Mampu Menahan Tembakan Dan…,” – Anak Mati Tertembak AR Badul Terima Ujian Allah
Pelawak dan pelakon veteran, AR Badul memaklumkan dirinya reda dan menerima ujian dariNya selepas anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya dilapor meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
“Saya reda dan terima ujian Allah ini,” katanya.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 70 tahun itu memberitahu dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi, hari ini.
“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi.
“Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” jelas Badul mengenai insiden yang berlaku terhadap arwah anaknya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun.
Badul pada masa sama menambah, dia sedia memahami tugas anggota komando yang berdepan risiko dengan nyawa, bagaimanapun insiden kematian melibatkan anaknya berlaku ketika dia sedang menjalani latihan.
Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.
Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.
Sumber/Foto: Harian Metro, Astro Awani, Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sewel Jap Tak Ingat Apa,”- Dahi Shima Anuar ‘Terbelah’ Gara-Gara Pitam Di Rumah, Elak Pergi Klinik Sebab Takut Kena Jahit
Pelakon, Shima Anuar berkongsi detik cemas selepas dikatakan terjatuh di dalam rumahnya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahinya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, dahi Shima dilihat telah terkoyak dah dia tidak ingat bagaimana kejadian sebelum insiden tersebut boleh berlaku.
“My husband ingat I dari bilik the kids. Tu yang ingat kena bucu pintu. But actually I pergi toilet and rasa nak pitam. So I think sama ada kena bucu almari or dinding. Sewel jap tak ingat apa,” tulisnya.
Melihat di ruangan kapsyen pula, Shima menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaannya itu.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan dia hanya dirawat oleh suaminya kerana bimbang untuk berjumpa dengan doktor.
“I’m good alhamdulillah. Don’t worry. Still ingat macam mana nak buat @laksambys hahaha! Takpe sabtu ahad tak buat laksam, so boleh rest. I will keep this video here just in case korang ada incident macam ni kat rumah and tau apa nak buat.
“I tak pegi clinic pun sbb takut kena jahit ke apa ke. So far semua ok dah. Thank you for your concern everyone!,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat kecederaan tersebut selain turut memberikan tips dan nasihat untuk menjaga luka tersebut.
Sumber: Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI