
TV Sarawak (TVS) mempersembahkan rancangan pengembaraan terbaharu Sumandak Takes Borneo, yang membawa penonton meneroka keindahan dan keunikan budaya Sarawak dan Sabah melalui perspektif tiga wanita muda.
Program ini menampilkan tiga personaliti TV berbakat yang juga alumni Dewi Remaja 2022 iaitu Tracie Sinidol, Dina Allysha, dan Auni Yusri menjelajah tempat-tempat eksotik di Sabah dan Sarawak.
Bukan sekadar melancong
Dari perkampungan tradisional hingga ke destinasi tersembunyi yang jarang didedahkan di kaca TV, pengembaraan mereka membawa lengkap untuk mendidik serta memberi informasi yang cukup padat.
Menariknya, mereka tidak sekadar melancong tetapi turut menyelami kehidupan masyarakat setempat, menyertai aktiviti budaya seperti tarian tradisional, memasak hidangan warisan, serta merasai pengalaman sukan rakyat.
Program ini turut menyoroti usaha pemeliharaan flora dan fauna eksklusif di Borneo serta peranan komuniti dalam mengekalkan kelestarian alam semula jadi.
Tribute warisan Borneo
Lebih daripada sekadar program pengembaraan, Sumandak Takes Borneo adalah satu tribute kepada warisan budaya dan sejarah Borneo yang semakin dilupakan. Dengan pendekatan moden dan segar, ia menjadi rancangan wajib tonton buat mereka yang ingin mengenali keindahan Sabah dan Sarawak dengan lebih dekat.
Selain menghiburkan, program ini juga bersifat edukatif, menampilkan kisah-kisah inspirasi individu yang gigih memelihara budaya dan tradisi Borneo. Penonton bukan sahaja akan terhibur, malah turut mendapat pendedahan mengenai pelbagai aspek kehidupan masyarakat Sabah.
Menemui penonton bermula 4 Mac 2025, rancangan ini bersiaran setiap hari Selasa jam 10.30 malam di Saluran TVS.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI