Peserta dari Sabah, Tracie, 21, dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022, sekaligus menepati ramalan ramai yang melihat potensi besar yang ada pada dirinya.
Menerusi kemenangan itu, Tracie atau nama sebenar, Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Hadiah serta mahkota Dewi Remaja disampaikan Juara Dewi Remaja Edisi 2019, Shaza Bae.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly. Diikuti Alyssa di tempat keempat.
Sementara itu, Alyssa dipilih sebagai Dewi Aktif manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web Remaja.
Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.
Ads
Pada malam kemuncak, kesemua sepuluh finalis diuji menerusi segmen pertama yang mana mereka perlu menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak.
Cabaran pusingan pertama kemudiannya melayakkan Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa sebagai calon Top 4 Dewi Remaja 2022.
Pusingan itu turut menyaksikan enam finalis lain tersungkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.
Ads
Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri.
Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.
Pencarian Dewi Remaja Edisi 2022 bermula pada Mac lalu, membabitkan 16 peserta akhir.
Ads
Rangkaian cabaran diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang lapan minggu.
Peserta lain yang turut terpilih dalam Top16 dalam edisi kali ini ialah Fifi, Malle, Melissa, Iman, Reezlyn dan Keeran yang terlebih dahulu tersingkir pada minggu-minggu sebelum ini.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Pertandingan akhir ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.
Acara ini bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada malam Sabtu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali akui nyanyiannya ‘terkucil’ apabila membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program raya baru-baru ini.
Menyanyikan lagu Peluang Kedua, Nabila atau mesra disapa Bella itu positif seterusnya mahu memperbaiki diri agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Assalamualaikum, first and foremost, I’m sorry for letting you guys down. Saya tidak salahkan siapa-siapa melainkan diri saya sendiri.
“Saya akan perbaiki diri saya pada masa akan datang. Bella pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi berusia berusia 28 tahun terbabit.
“Terima kasih kepada mereka yang DM, Whatsapp dan telefon untuk menenangkan Bella dan sentiasa menunjukkan rasa cinta (you know who you are). I really need it right now.
“Bella doakan segala yang baik-baik buat anda semua,” akhirinya.
Terdahulu, video nyanyian Bella tular di media sosial ketika membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program raya baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan nyanyian Bella sedikit ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.
Foto : Instagram Nabila Razali, Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya akui terhibur dengan kelakuan seorang kanak-kanak yang tidak dapat membezakan dirinya dengan seorang lagi rakan penyampai, Ally Iskandar ketika hadir di set Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini.
Menurutnya, kanak-kanak yang ingin berkongsi produk jus dan jeruk itu mungkin keliru kerana gandingan Ally dan Fedtri sememangnya sudah sinonim dengan rancangan bual bicara pagi itu.