
Remaja, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi telah disahkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.
Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan media pagi ini.
Muhammad Haziq yang berusia 17 tahun ialah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, seorang rakyat Malaysia yang turut cedera dalam serangan tersebut.
Sementara itu, rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.
Sebelum ini, kematian Muhammad Haziq dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Namun Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, ia hanya akan membuat pengesahan selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi.
Sumber: Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pernah Terima Lebih 20 Biji Kek,” – Ruhainies Tak Ambil Hati Digelar ‘Queen Of Birthday’

Pelakon Ruhainies terbuka dan tidak mengambil serius jenaka yang dilemparkan sesetengah netizen yang menggelarkan dirinya sebagai ‘queen of birthday’ susulan kerap berkongsi majlis sambutan di media sosial setiap kali tiba hari jadi.
Genap berusia 30 tahun, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, situasi tersebut berlaku disebabkan jadual kerjanya yang tidak menentu, sekaligus menyebabkan ada sambutan yang terpaksa dianjakkan.
“Sambutan nampak banyak kali kerana saya meraikannya bersama peminat, kawan-kawan dan juga dengan keluarga. Saya okay saja bila orang label saya sebagai ‘queen of birthday’. Malah waktu viral sebelum ini, saya perasan ada yang kata ‘hari jadi dia lagi dan lagi’.
“Sebabnya bila saya sibuk dengan komitmen kerja, rakan akan tunggu tarikh dan masa saya. Jadi, kalau sudah terlepas sekali pun, mereka tetap nak meraikan,” katanya kepada MH.
Ditanya jumlah kek terbanyak yang pernah diterimanya, Ruhainies akui ia boleh mencecah hingga berpuluh-puluh biji kek.
“Tahun lepas waktu pandemik, saya tidaklah dapat banyak kek, dalam empat lima biji. Cuma beberapa tahun lalu, saya pernah terima lebih 20 biji kek. Alhamdulillah ramai yang sayang, saya percaya itu juga rezeki, amin,” katanya lagi.
Ruhainiens pada masa sama akui seiring peningkatan usia, cabaran serta tanggungjawab pasti menjadi lebih bersar berbanding sebelumnya.
“Bila masuk ‘3 series’ ni, saya rasa komitmen itu menjadi lebih besar. Masih banyak yang belum dicapai. Tambah pula saya masih ada keluarga, ibu bapa.
“Bila kita sudah capai sesuatu, sudah tentu kita akan impi yang lebih lagi. Saya kalau boleh mahu perkasakan lagi bisnes sendiri. Sebelum ini saya banyak lakukan kolaborasi sahaja. Tetapi kali ini kalau boleh mahu ada jenama sendiri.
“Kecintaan itu masih lagi dalam lakonan, cuma mahu terokai lebih dalam perniagaan pula. Sebelum aktif seni pun rakan terdekat tahu saya memang minat dalam bisnes,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lancar Mesin ATM Pun Mereka Panggil Saya,” – Aktif Buat Show Untuk Pemerintah Indonesia, Poey Stings Syukur Rezeki

Vokalis kumpulan Stings, Poey merupakan antara penyanyi Malaysia yang aktif membuat persembahan di negara jiran Indonesia.
Menurut Poey atau nama sebenarnya Hasri Hashim, dia menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki daripada Allah SWT.
Malah, namanya juga kerap menjadi pilihan untuk membuat persembahan di acara-acara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di Indonesia.
“Pada saya, ia tak mudah dan seakan ada sekatan untuk artis kita lepas membuat persembahan di sana. Tak seperti artis Indonesia yang bebas untuk buat konsert di sini.
“Hal ini merupakan polisi yang dibuat oleh pemerintah di sana. Alhamdulillah acara saya semua di Indonesia diatas undangan pihak pemerintah.
“Saya tak terima kalau undangan tersebut daripada event organiser sebab kita tak boleh nak jangka kemungkinan yang akan berlaku,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Adakah Kau Setia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya lagi, sambutan peminat di Indonesia sememangnya luar biasa terutamanya di Kepulauan Riau.
“Di Indonesia, penontonnya memang dasyat. Saya pernah buat persembahan di hadapan lebih 8,000 dan 25,000 penonton.
“Ia merupakan program percuma untuk parti politik. Saya tidak memihak mana-mana parti dan saya hanya akan memberikan kesedaran kepada penonton untuk keluar mengundi.
“Saya juga pernah buat persembahan untuk dua buah parti politik pada hari yang sama. Untuk majlis perasmian mesin ATM pun mereka jemput saya.
“Rata-rata mereka suka saya menyanyikan lagu Sting berbanding lagu-lagu cover Indonesia,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya apabila nama lebih dikenali di Indonesia berbanding tanah air sendiri, ini reaksi yang diberikan Poey;
“Saya tak rasa tidak dihargai. Cuma saya merasakan ada segelintir pihak yang hipokrit. Senang cerita, orang luar lebih menghargai kita berbanding orang kita sendiri.
“Bila jumpa di luar, peminat kita suka sahaja dengan kumpulan Sting cuma mereka malu untuk ungkapkan. Mereka lebih suka bagitahu yang mereka minat Metalica atau Britney Spears.
“Padahal mereka tahu dan kenal dengan lagu-lagu Stings. Jadi, dengan adanya konsert ini, ia akan mengimbau kenangan. Malah, budak-budak muda pun tahu lagu saya bila viral di Tik Tok,” akhirinya.
Selain Poey, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Ameng Spring serta Hazama.
Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Poey Stings
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kadang Harus Kita Melakukan Suatu Keputusan Yang Sangat Berat Dan Menyakitkan Untuk…,” – Zara Zya

Pelakon, Zara Zya ada meluahkan rasa menerusi laman media sosial Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyarankan agar netizen sentiasa berani menempuhi dengan cabaran dan dugaan kehidupan.
“Dalam kehidupan ini…Kadang harus juga kita melakukan suatu keputusan yang sangat berat dan menyakitkan untuk memulai sesuatu proses pembaharuan.
“Kita harus berani menepis kebiasaan lama yg mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan.,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Dalam pada itu, rata-rata netizen juga berkongsi kisah dan memberi reaksi di ruangan komen entri berkenaan.
Dalam perkembangan lain, bintang Monalisa ini telah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober lalu.
Foto: Instagram Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI