Remaja, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi telah disahkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan media pagi ini.

Muhammad Haziq yang berusia 17 tahun ialah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, seorang rakyat Malaysia yang turut cedera dalam serangan tersebut.

IKLAN

Sementara itu, rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Sebelum ini, kematian Muhammad Haziq dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

IKLAN

Namun Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, ia hanya akan membuat pengesahan selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi.

IKLAN

Tragedi Christchurch: Remaja Malaysia 17 Tahun, Muhammad Haziq Sah Terkorban

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI