Malang tidak berbau, seorang lelaki hampir maut terjerut tali dan tergantung di pokok kelapa selama empat minit.

Video yang terjadi di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang ini telah menjadi viral sejak ia dikongsikan di dalam laman facebook.

Mohd Zulhisyam Zulkifli berkata dirinya rasa bagaikan mati hidup semula apabila terselamat apabila berjaya diselamatkan oleh peduduk kampong. 

 

Hampir Mati Tergantung Di Pokok Kelapa

Ads

“Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang semalam.

Zulhisyam yang berusia 23 tahun berkata kebiasaannya dia akan memanjat pokok kelapa tua, namun menjadi sebab hari itu dia terpaksa memanjat pokok kelapa muda untuk meniaga di bazar Ramadan.

“Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30,” katanya.

“Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja,” katanya lagi.

Hampir Mati Tergantung Di Pokok Kelapa

Ads

Menceritakan detik berlakunya kejadian tersebut, dia tidak menyangka tali yang diikat di pinggang akan menjerat diri.

“Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut,” katanya dengan nada kesal.

Tambahnya, punca sebenar berlakunya pekara itu adalah apabila tandan buah kelapa yang telah di cantas jatuh sehingga tertarik dirinya sekali.

Ads

“Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

“Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.

“Mujurlah ALLAH bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya,” katanya.

Zulhisyam juga sempat melihat rakaman video yang tular di media sosial namun tidak menyangka ada yang mengatakan dia cuba membunuh diri kerana mereka tidak tahu hal yang sebenarnya.

Dia akui mungkin kerana video tersebut ditangkap ditengah-tengah kejadian jadi ada orang telah salah faham tentang tragedi tersebut. Namun Zulhisyam telah memaafkan mereka yang beranggapan seperti itu dan berharap agar selidik dulu sebelum berkata.

Oleh : Norjuliana Yaacob – Sinar Harian

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI