“Trend Apa Ni Buka Aib Rumah Tangga, Lepas Tu Marah Orang Kecam?,” – Idzham Ismail

Share

Apabila berlakunya konflik rumah tangga, pelakon Idzham Ismail berpendapat pergolakan yang berlaku perlu diselesaikan cara baik bersama pasangan.

Malah kongsinya menerusi status yang dikongsikan di Insta Stories, pelakon tinggi lampai ini turut memaklumkan meski sebesar mana pun masalah, ia perlu di selesaikan secara peribadi.

“Respect your own household. Besar mana masalah tolong keep it to yourself and settle it with your spouse in privately. Trend apa ni buka aib rumah tangga?

“Lepas tu marah orang kecam? Actually kalau sengaja buka bukan masalah 100% kecam. Please la satu cukup untuk dipertontonkan,” tulisnya panjang lebar.

Terkini, kian tular mengenai pendedaha isteri kepada chef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal yang mendakwa suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang beranak tiga.

Foto: Instagram Idzham Ismail

Published by
MH