Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menafikan kandungan viral dan sensasi boleh memberikan impak besar terhadap populariti seseorang artis dalam proses mencipta nama supaya lebih dikenali.

Setelah hampir 27 tahun terlibat seni, Fazley tidak menafikan ada segelintir selebriti masa kini yang memillih jalan singkat iaitu dengan mencipta isu yang seterusnya viral.

“Selagi ada orang yang mahu memberi, maka akan ada artis yang menjual kandungan (content) kepada orang ramai. Maksudnya, kalau ada peminat nak tengok benda-benda merepek dan selepas itu jumlah tontonan, bilangan pengikut seseorang artis tu makin bertambah lantas terus menjadi viral.

“Maka itulah mungkin segelintir artis memilih jalan singkat untuk naikkan nama dalam laman sosial media dengan melakukan perkara sedemikian,” katanya.

Trend Cipta Isu Demi Populariti, Fazley Yaakob Bagi Pendapat – “Kalau Artis Itu Bijak, Dia Tidak Akan Gunakan ‘Content’ Untuk Viral.” Trend Cipta Isu Demi Populariti, Fazley Yaakob Bagi Pendapat – “Kalau Artis Itu Bijak, Dia Tidak Akan Gunakan ‘Content’ Untuk Viral.”

Fazley memberikan pendapat selepas ditanya mengenai isu berkenaan.

Ads

Di samping itu, penyanyi yang sinonim dengan Asmara ini menambah, ia sebenarnya terpulang kepada masing-masing.

“Tetapi kalau artis itu bijak, dia tidak akan gunakan ‘content’ untuk viral. Sebab kalau lakukan perkara macam tu mungkin dia akan hilang peminat dan sebagainya.

“Perkara ini bergantung kepada artis itu sendiri juga sekiranya dia mahu mengejar viral dengan cara begitu. Mungkin juga sebenarnya dunia hiburan kita sekarang ini sudah berubah, kontroversi itu mecipta populariti,” katanya lagi.

Trend Cipta Isu Demi Populariti, Fazley Yaakob Bagi Pendapat – “Kalau Artis Itu Bijak, Dia Tidak Akan Gunakan ‘Content’ Untuk Viral.” Trend Cipta Isu Demi Populariti, Fazley Yaakob Bagi Pendapat – “Kalau Artis Itu Bijak, Dia Tidak Akan Gunakan ‘Content’ Untuk Viral.”

Ads

Dalam perkembangan lain, Fazley sekali lagi berkerjasama dengan Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur dan dirinya diundang sebagai cef selebriti jemputan untuk promosi Ramadan akan datang.

“InsyaAllah, saya dapat lagi berkerjasama dengan Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur untuk buat penampilan pada bulan Ramadan nanti.

“Saya berasa sangat gembira, sebab tahun sebelum ni tak dapat nak buat aktiviti bufet macam ni dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ads

“Bila dapat lagi peluang ni saya seronok dan bersyukur. Tambahan pula, orang yang datang ke Hotel Four Seasons ni datang daripada seluruh tempat. Saya jadi bertambah seronok,” katanya.

Untuk projek kali ini, Fazley bakal menghidangkan menu bertemakan ‘Sajian Nusantara’ yang mengetengahkan pelbagai juadah makanan dari serata negeri di Malaysia.

Hidangan berkonsep bufet ini akan ditawarkan dengan harga RM178 seorang bagi tarikh 6 hingga 12 Mei manakala 13 Mei hingga 4 Jun dengan RM208 setiap orang.

Trend Cipta Isu Demi Populariti, Fazley Yaakob Bagi Pendapat – “Kalau Artis Itu Bijak, Dia Tidak Akan Gunakan ‘Content’ Untuk Viral.” Trend Cipta Isu Demi Populariti, Fazley Yaakob Bagi Pendapat – “Kalau Artis Itu Bijak, Dia Tidak Akan Gunakan ‘Content’ Untuk Viral.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI