Penyanyi Syahmi Irfan mengakui dia teringin mengikut trend penyanyi-penyanyi seangkatannya yang banyak memberikan nafas baharu terhadap lagu 90-an.
Menurut Syahmi atau nama sebenar Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri, 21, langkah seumpama itu bukan sahaja dapat merealisasikan impiannya malah secara tidak langsung menghargai penyanyi terdahulu yang popular menerusi lagu-lagu tersebut.
“Sebenarnya saya memang teringin nak bawakan lagu popular 90-an memandangkan saya sendiri membesar dengannya. Tidak dinafikan sekarang ramai penyanyi muda bawakan kembali lagu-lagu popular terdahulu.
“Bagi saya ia adalah satu cara yang bagus sebab bukan sahaja dapat merealisasikan impian kami secara tidak langsung kami dapat memberikan penghargaan kepada penyanyi-penyanyi generasi terdahulu,” katanya kepada MH.
Syahmi ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Lagi-Lagi Sayang di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ads
Berkongsi lebih lanjut, Syahmi berkata jika diberikan peluang dia ingin menyanyikan semula lagu malar segar nyanyian asal penyanyi Man Bai iaitu Kau Ilhamku.
“Saya suka Kau Ilhamku kerana lagu ini mempunyai banyak maksud dan melodi dia sangat sedap. Unsur-unsur macam ini memang kena dengan jiwa dan jenis genre lagu yang saya bawa.
“Lagu ini pula kekal popular sehingga sekarang. Jika generasi dahulu masih mendengar lagu Man Bai mungkin ia perkara biasa tetapi generasi muda seperti saya yang turut menggemari lagu ini memang sesuatu yang menarik kerana menandakan ia sebuah karya yang hebat,” katanya lagi.
Ads
Bercerita mengenai single Lagi-Lagi Sayang, Syahmi berkata dia teruja menantikan maklum balas daripada pendengar memandangkan lagu ini merupakan ciptaannya sendiri.
Melodi Lagi-Lagi Sayang dihasilkan oleh Syahmi manakala liriknya pula merupakan hasil nukilan Syahmi bersama SMSM.
Ads
“Saya teruja dan gementar dalam masa yang sama menantikan respon pendengar terhadap lagu ini.
“Saya harap Lagi-Lagi Sayang akan mendapat sambutan baik seterusnya membawa nama Syahmi Irfan untuk lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Blogger dan Instafamous Cik Epal dikatakan bakal saman beberapa pengguna media sosial gara-gara meninggalkan komen berbaur fitnah terhadapnya.
Usahawan ini menerusi Instagram menegaskan akan mengadakan sesi live berhubung isu terbabit.
“Buat wartawan dan media di luar sana, follow rapat instagram aku.Kami bakal melakar sejarah di Malaysia 🇲🇾 dengan menyaman mulut puaka di twitter.
“Yang menarik nya bukan sahaja makcik bawang kami saman, pakcik bawang pon kami heret sekali ke kandang.
“Tak sabariah nya nak buat LIVE nak umum individu-individu di twitter yang bakal kami saman. Korang nak kitorang buat LIVE bila?
Yang benar, Jo Sang Pil & Epaliah Samaniah bergabung meletop boom.”
Menerusi Insta Stories pula, wanita ini juga menjawab beberapa persoalan netizen berhubung kes saman yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Terdahulu, dia juga telah menerima permohonan maaf secara terbuka daripada beberapa individu yang dikenalpasti menulis komen berbaur tuduhan dan fitnah di laman sosial.
Namun jelasnya, dia masih menanti permohonan maaf daripada beberapa nama.
“Aku masih menunggu video permohonan maaf secara terbuka daripada: Adnilsam Apat/Adnil Sam (akak tudung hitam), Lysa June- Hellysa Junaidi, Nyna Nrzeeana, dan mungkin list ni akan bertambah. Aku perhati je😎.
“Ikut aku memang aku nak terus saman je. Takde dah nak bagi chance.Tapi lawyer aku nasihatkan suruh depa buat video permohonan maaf dulu.
“Ok baik tuan lawyer.Lawyer aku je lah tahu betapa tinggi nya semangat juang aku melawan bawang rangers💪🏻.
“Yang benar, Cik Epal 🍎 QUEEN of saman menyaman dan duta mahkamah.”
Jelas blogger ini lagi, dia bertindak tegas semata-mata untuk menegaskan hak dan maruah.
“Aku buat macam ni bukan sebab aku berduit (seperti mana ramai yang claim sebegini). Aku buat sebab aku nak pertahan kan hak aku. Dulu zaman blog aku tak berduit pon. Tapi any statement fitnah pasal aku (lagi-lagi anonymous) pon aku akan explain dan selalu stand for my right.
“Aku tak kisah orang nak bagi pandangan. Nak bagi pandangan pasal aku? Silakan. Tapi jangan sampai menjatuhkan maruah, keluar kata-kata kesat, dan fitnah.
“Kalau ada yang cakap “alaa cik epal, kau pon nganjing topi merah”. If aku nganjing dia, memang aku ada kes dengan dia pon dekat court. Itu pon dia yang mulakan dulu petik nama aku. Kalau tak, aku tak kan kacau pon hidup dia.
“Yang korang entiti ketiga takde kena mengena dengan life aku tu, if aku nampak komenyang menjatuhkan reputasi aku, anytime aku boleh bukak kes if aku nak. Kenapa aku take serious benda ni? Sebab sosial media memang tempat aku cari makan.
“Alaa cik epal. Artis dan founder lain rilek je. Lagi teruk kena kutuk. Takde nak saman-saman”. Tu lantak depa lah. Tak semua orang akan buat keputusan yang sama dalam situasi yang sama. Kalau aku memilih jalan untuk saman, kenapa korang nak pertikaikan? Dan memang aku berhak pon untuk menyaman.
“Sebelum nak buat apa-apa statement di sosial media. Fikir dulu banyak kali sebelum pos. Kalau orang tak kacau hidup kita, lebih baik diam je buat hal sendiri.Elok-elok aman-aman je hidup, kang tak pasal-pasal je ke kandang sebab buat status hentam orang.”
Foto : Facebook Cik Epal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Saling memuji dan mengagumi bakat masing-masing, penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul terus merencana projek istimewa sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa berharap mereka telah muncul dalam sebuah lagu duet.
Kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya malah ‘lamaran’ Aina untuk berduet disambut baik Khai sehingga terhasilnya lagu Nafas Cinta yang telah pun dilancarkan serentak dengan video muzik rasmi pada 18 Disember lalu menerusi saluran YouTube Aina Abdul.
Menurut Aina, 27, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, lagu Nafas Cinta dicipta khas bagi memberikan nafas baru dalam muzik mereka berdua dan ia ditujukan buat pasangan yang sedang ingin bercinta sehingga melangkah ke alam perkahwinan.
“Lagu ini sangat mencabar, cuma bunyi kedengaran santai. Dari segi kekuatan vokal masih ditonjolkan, tapi kami berbincang dan bersetuju untuk ketengahkan emosi dan perasaan yang relaks dan santai.
“Mesej lagu Nafas Cinta ini sangat berbeza dengan lagu lain yang saya tulis. Lagu ini lebih ‘muda’ dan menyasarkan golongan remaja. Jadi, disebabkan itu saya sangat berharap lagu ini diterima baik dan dekat dengan mereka.
“Secara tidak langsung, apabila mendengar lagu ini mereka akan tersenyum dan gembira selain mengimbas kisah cinta mereka. Sebab ini bukan lagu berat macam sebelumnya. Pendek kata, ‘feel’ lagu sangat romantis dan ‘sweet’,” katanya.
Berkongsi mengenai kerjasama yang terjalin, menurut Aina ia tercetus selepas mereka berduet dengan menyanyikan semula lagu Just Give Me A Reason tak lama dulu.
“Saya memang jarang ada ‘contact’ dengan penyanyi lain. Apabila Khai sudi buat ‘cover’ di YouTube, saya sangat gembira. Tidak menjangka pula duet kami itu mendapat maklum balas sangat baik daripada peminat kami.
“Kemudian, Khai menjemput saya untuk menyanyi dengannya pada Konsert Minggu Ini Bersama Khai Bahar di RTM. Ketika itu, saya cakap pada pengurus, alang-alang sudah berkenalan kita boleh buat satu lagu. Jadi, saya dan pengurus ‘approach’ pihak Khai dan dia pun okay.
“Saya terus buat melodi lagu Nafas Cinta dan Khai pun berikan input untuk melengkapkan lagu ini. Jadi, melodi dan lirik lagu ini kami hasilkan bersama,” katanya.
Aina berkata, proses menghasilkan Nafas Cinta dipermudahkan meski proses rakaman dijalankan di Seremban, Negeri Sembilan.
“Bagi mencipta keserasian, bukan boleh terus dapat. Disebabkan itu Khai sanggup datang ke Seremban untuk buat proses rakaman. Pertama, Khai datang rakam demo dulu untuk kami belajar dan fahamkan melodi dan maksud lagu. Kali kedua baru buat rakaman sebenar. Jadi, ia ambil masa juga.
“Tapi, Khai sangat membantu dan dia sangat menyokong. Walaupun saya baru, tapi dia sangat merendah diri. Khai tidak kisah kena datang ke Seremban, tapi dia sangat memberikan kerjasama,” katanya.
Sementara itu, Khai, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menyifatkan lagu Nafas Cinta sesuatu yang istimewa buat peminat mereka berdua.
“Macam sebelum ini ramai tertanya-tanya siapa rakan duet terbaru saya. Jadi, apabila projek ini dikongsikan di Instagram, semua tidak sabar menunggu lagu ini. Apa boleh dikatakan, ini adalah adalah hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya kami.
“Saya berharap lagu ini dapat diterima baik dan boleh pergi lebih jauh. Dalam masa sama, semoga duet saya dan Aina boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan lagu ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” katanya.
Dalam masa sama, Khai mengakui bertuah dapat berduet dengan Aina selain mengagumi bakat besar dimiliki penyanyi lagu Semalam itu.
“Alhamdulillah, perancangan kami untuk menghasilkan projek ini dipermudahkan. Macam sebelum ini saya pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana. Kali ini, saya bertuah kerana diberi peluang untuk berduet dengan Aina pula.
“Setiap rakan duet saya mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Saya melihat setiap tawaran yang datang adalah kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri. Bagi saya bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru,” katanya.
Sementara itu, Pengawai Promosi Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, projek lagu Nafas Cinta antara Universal Music Malaysia dan kedua penyanyi itu dianggap pembuka jalan untuk kerjasama pada masa akan datang.
“Pihak Universal Music Malaysia sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Khai Bahar dan Aina Abdul dalam menjayakan projek ini. Diharap kami dapat berkolaborasi bersama lagi di masa akan datang.
“Pihak kami juga teruja dengan kerjasama ini kerana umum mengetahui Khai dan Aina antara penyanyi muda yang mempunyai kualiti tersendiri selain kelompok peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
“Kami juga berharap lagu yang bakal dilancarkan ini mendapat maklum balas positif peminat dan pencinta muzik tempatan,” katanya.
Lagu Nafas Cinta turut dilancarkan di semua platform muzik digital dan kurang seminggu ia dimuat naik di YouTube, muzik video single berkenaan sudah pun ditonton hampir 150,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Pernah berangan nak jadi pembaca berita’. Itu angan-angan penyanyi Misha Omar ketika kecil.
Lantas, Misha atau mesra disapa Kak Mitch ada memuat naik video di Instagramnya sebentar tadi.
“Dulu Masa kecik2 pernah juga berangan nak jadi pembaca berita. Kalau cikgu suruh baca text berbentuk berita, apalagi… kau berangan la jadi Christine Ling dalam kelas.. hahahahhaa!!
Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila itu diundang sebagai tetamu jemputan bagi slot Komuniti Awani menerusi program berita Awani di saluran 501.
“Terima kasih @501awani di atas undangan ini. Sesungguhnya kak Mitch sgt berbesar hati. The whole team produksi buat kak Mitch rasa tak kekok..rasa mcm nak hantar resume je mintak keje kat situ..hahahahha!!! Thank you @fida_korina , @hamztravels & @ashwadismail guide kak Mitch dari depan kamera sampai la bilik voice over… nikmatilah berita komuniti awani dari saya, Misha Omar.. Salam hormat … #komunitiawani,” tulisnya.
Malah, Misha yang tampil berambut pendek dan blazer berwarna biru tua kelihatan tenang dan bersahaja ketika ‘beraksi’ di depan lensa kamera.
Bukan itu sahaja, program tersebut turut menampilkan selebriti lain seperti Adibah Noor, Alif Satar dan Nora Danish sebagai penyampai berita yang bersaiaran di saluran Astro 501 jam 8:15 malam.
Foto : Instagram Misha Omar/ Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.