Kurang seminggu sebelum konsert sulungnya diadakan, Stacy mendedahkan dia terpaksa berpantang mengambil makanan pedas bagi mengelakkan serangan ‘anxiety’ (keresahan).
Menurut Stacy atau Ummu Syaikah Stacy Anam, 33, dia sebenarnya baharu menyedari makanan pedas boleh menyebabkan dirinya berada dalam keadaan anxiety.
Selain keresahan, penyanyi lagu Pelangi Petang itu turut mempunyai masalah pedih ulu hati (gerd) yang diwarisi daripada bapanya.
“Menjelang hari konsert, saya mengelak daripada makan makanan pedas.
Menurut Stacy lagi, setiap kali diserang anxiety, dirinya akan menggigil selain jantungnya akan berdegup dengan laju sehingga menyebabkan dia hilang fokus.
Namun dengan bantuan orang sekeliling, Stacy mampu menanganinya dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.
Ads
“Setiap kali berkongsi dengan Akim (suami), dia akan meminta saya untuk bertenang dan jangan terlalu memikirkan perasaan tersebut.
“Ahli keluarga juga akan menegah saya untuk duduk bersendirian, sebaliknya sibukkan diri dengan melakukan aktiviti lain,” katanya.
Ads
Dalam perkongsian lain, juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), turut mendedahkan dia sebenarnya mula mengalami serangan anxiety sejak di bangku sekolah menengah lagi.
“Ketika itu saya tidak tahu masalah yang dialami ini disebabkan oleh serangan anxiety.
“Sebaliknya saya ingatkan saya ada ‘superpower’ (tertawa).. barulah saya tahu selepas ada kesedaran tentang perkara itu,” katanya lagi.
Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, setiap kali diserang anxiety, dia akan mengalami muntah-muntah, selain tangannya akan menggeletar tanpa sebab.
Konsert sulung Stacy bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon Nabila Huda atau sinonim dipanggil Abil telah bertanya kepada pengikutnya di akaun Twitter miliknya.
“Suhaimi saad ni Siapa sebenarnya ? Nampak Kat timeline orang retweet. Curious jugak. Can somebody explain what’s going on?” tanya pelakon versatil itu.
Suhaimi saad ni Siapa sebenarnya ? Nampak Kat timeline orang retweet. Curious jugak. Can somebody explain what’s going on?
Baru-baru ini kecoh dilaman media sosial mengenai isu Suhaimi Saad yang dikatakan berpegang kepada pendirian berbeza seperti tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Lalu, persoalan Abil ini disahut rakan artis, Shila Amzah.
“Nanti you sakit hati Dan otak..better you takyah baca pasal dia” tulisnya.
Nanti you sakit hati Dan otak..better you takyah baca pasal dia?
Pelakon yang juga ibu mentua kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Khaty Fauziah menzahirkan rasa syukur apabila menantunya itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Bintang senior itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada ahli politik tersebut yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap menteri.
Titipan tersebut dikongsikan Khaty menerusi satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah.. Tahniah MENANTUKU !! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa2 mommy, semua ahli keluarga, sahabat2 handai, rakan2 taulan serta penyokong2 diatas kemenangan dan seterusnya perlantikan DS @bungmoktar sebagai Tim. Ketua Menteri menteri Sabah (1) merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis serta pengikutnya di Instagram turut sama meninggalkan komen serta memberi ucapan tahniah buat ahli politik berusia 62 tahun itu.
Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu menerusi platform sama, Khaty turut memberikan dedikasi sama selain mendoakan kesejahteraan menantunya itu.