Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengesahkan dia kini hamil anak ketiga dan kini usia kandungannya sudah mencecah usia lima bulan.
Terdahulu, ramai peminat mulai berteka teki di media sosial susulan ada yang mendakwa figura Mawar yang seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ menerusi foto terkini yang dimuat naik.
Mawar ketika dihubungi MH memaklumkan kandungannya kini sudah pun memasuki trimester kedua.
“Inilah sebabnya saya memperlahankan kerjaya seni. Memang benar kini saya sedang hamil anak ketiga dan kandungan sudah pun memasuki usia lima bulan.
“Buat masa sekarang, saya memang tak aktif di mana-mana. Saya pun banyak rehat je sekarang untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap kandungan dan keluarga. Perut pun dah agak besar sekarang,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon drama Villa Kristal ini turut mengalami alahan agak teruk sewatu awal kehamilan sehingga menyebabkan dia terpaksa berkurung di dalam bilik.
Ads
“Alahan kali memang agak menggangu rutin harian saya. Ia juga membuatkan saya sedar tentang pengorbanan para ibu yang mengalami alahan teruk.
“Saya ingatkan semasa mengandung anak kedua dulu dah cukup teruk, rupanya ia sedikit sahaja kalau nak dibandingkan dengan alahan sekarang.
“Kali ini memang ya Allah…saya rasa agak serik. Semasa trimester pertama, saya kerap muntah, tak boleh nak makan dan minum. Perut masuk angin sampai kena masuk hospital untuk masukkan air.
“Kepala pening sebab kurang air. Cahaya pun tak boleh terlampau terang. Tengok handphone pula rasa nak muntah. Pendek kata memang saya berkurung dalam bilik gelap hampir tiga bulan,” kongsinya lagi.
Ads
Bagaimanapun, berkat sokongan suami dan keluarga yang memberikan sepenuh perhatian, Mawar memberitahu, keadaannya kini sudah bertambah baik.
Finalis Dewi Remaja 2017 itu menambah, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai berita baik ini, tetapi mahu memberikan fokus terhadap keadaan kesihatannya terlebih dahulu.
“Disebabkan alahan kali ini agak teruk, saya jadi sampai tiada masa nak fikir untuk kongsikan perkara ini di sosial media. Saya memang tak boleh nak fikir apa pada ketika itu.
Ads
“Bila ramai yang dah mula perasan, saya pun tak boleh nak selindung lagi. Jadi, saya putuskan untuk umumkan sahaja. Orang sekeliling pun dah ramai yang bertanya. Jadi, pihak media boleh bantu umumkan berita ini,” katanya lagi.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.
Penyanyi Baby Shima mengakui dia tidak mampu mengawal segala kritikan netizen yang diterimanya di media sosial, termasuk dilabel sebagai pelakon lucah.
Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, sekali lagi menjadi perhatian selepas membuat kemunculan menerusi single usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.
Single berkenaan yang berjudul Baby Syg itu bakal dilancarkan 17 Ogos depan, sebagaimana yang dikongsikan Aliff menerusi hantarannya di Instagram.
“Komen netizen ni saya tak ambil kisah. Saya tak boleh nak control orang nak cakap apa. Kalau mereka dakwa saya sebegitu (pelakon lucah), rasanya mungkin mereka yang banyak menonton video-video yang tak sepatutnya dah gemar berimaginasi.
“Mesti yang mengata tu biasa tengok benda-benda sedemikian sebelum ni! Sebab goyang tu biasa sahaja. Mungkin mereka dah biasa tengok kut. Saya tak tahu pula goyang lucah tu macam mana,” katanya.
Terdahulu, menerusi klip pendek tersebut, Aliff bertanya samada peminat sedia menantikan lagu terkininya.
“Artis no 1 nak menyanyi vc plz beri laluan. Ada yg tak sabar tak dengar suara penyanyi no 1 malaysia ni?? Konsep vedio clip kpop dan akan kalahkan blackpink dan BTS nantikan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, ruang komen disekat untuk hantaran tersebut dan ia sudah menerima lebih 23,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...