Categories: Berita

“True Legend Of The Game!,” – Sejurus Umum Bersara Wakili Skuad Negara, Selebriti Kita Ucap Dedikasi Buat Shalin Zulkifli

Share

Selepas hampir 28 tahun menabur bakti, Ratu Bowling Negara, Shalin Zulkifli akhirnya mengumumkan persaraannya daripada mewakili skuad kebanggaan.

Menurut laporan Berita Harian, Shalin menjelaskan, walaupun dia kini telah mengundurkan diri daripada skuad kebangsaan, dia akan tetap terus aktif selaku pemain tenpin boling profesional dan sedang merangka persiapan bagi menyertai kejohanan sirkit profesional yang akan berlangsung sepanjang tahun 2021.

“Kejohanan ini ada dalam senarai saya sebab saya telah menang pada Sukan SEA, Sukan Asia tetapi sirkit profesional ini saya tak capai lagi.

“Sebab itulah, saya ‘go all out’ untuk mencapainya, insya-ALLAH tahun ini sebab saya tak tahu berapa lama lagi saya mampu beraksi (dalam sukan tenpin boling),” katanya seperti yang dipetik.

Pengumuman tersebut nyata mengundang rasa sedih dihati perlbagai pihak termasuk para selebriti tempatan misalnya penyanyi, Yuna.

Menurut Yuna, Shalin telah menjadi antara inspirasi kepada ramai remaja perempuan selama ini termasuklah dirinya juga.

“You’re truly the best, thank you for being an amazing inspiration to young girls everywhere. You inspired a scrawny girl like me to bowl and I got to a 270 game. Love you!,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara, Farish Aziz turut menyifatkan Shalin sebagai antara lagenda bukan sahaja bagi sukan tersebut tetapi juga sebagai atlet secara keseluruhannya.

“True legend of the game,” kongsinya.

Sementara itu, ratu skuash negara, Datuk Nicol Ann David turut menitipkan ucapan penghargaan buat rakan atlet tersebut sepanjang khidmatnya bersama skuad kebangsaan.

“You’re truly an amazing athlete and a huge inspiration to all of us in Malaysia. Thanks for giving your best always for our country and showing us what we Malaysian are made of in the world,” tulisnya.

Memulakan kariernya dalam sukan bowling seawal usia 9 tahun, Shalin telah mengumpul sebanyak 74 pingat sepanjang pembabitannya di peringkat antarabangsa dan turut pernah meraih pingat emas Kejohanan Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Sumber: Instagram Shalin Zulkifli & Berita Harian

Published by
Aizam Manaf