“Truly, Aku Tak Suka Tengok Balik, Tak Gamak..,” – Cabaran Anak Autisme, Ramai Sebak Bila Fynn Jamal Luahkan Perasaan

Share

Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.

Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.

Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.

Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.

Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.

Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.

“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.

“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.

“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.

“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.

“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.

“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.

Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.

“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau;

my family comes first.

“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.

“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.

“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.

“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.

Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.

Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu.

Foto: Instagram Fynn Jamal

Published by
MH