Berita

“Tu Bukan Air Kaki, Air Janggut,” – Netizen Tanya Tuang Air Apa Waktu Buat Cekodok Pisang, Janna Nick Jelaskan…

Share

Pelakon dan penerbit, Janna Nick tampil menjelaskan mengenai ramuan cecair yang digunakannya ketika dirinya menyediakan cekodok pisang, pada Selasa.

Janna yang kini berada di United Kingdom, London atas urusan kerja memberitahu, cecair warna coklat itu sebenarnya ialah gula perang yang dicampurkan dengan sebucit garam.

“Sebab ramai tanya air brown. Tu bukan air kaki, air janggut. Tu brown sugar mix (campur) secubit garam,” tulisnya ringkas disusuli dengan emoji ketawa.

Perkara tersebut dijelaskan Janna menerusi Insta Stories sebagai respon kepada persoalan yang diajukan pengguna Instagram.

Menerusi hantaran sebelumnya, Janna berkongsi video pendek waktu menyediakan juadah berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH