Pengacara Jihan Muse ada memuat naik sekeping gambar dirinya ketika mengendalikan program hiburan, Gegar Vaganza, musim lalu.
Dalam pada itu, Jihan turut sama mengimbau kembali kenangan ketika dirinya awal-awal bergelar anak seni, kira-kira 10 tahun lalu.
“Waktu PKP ni byk ulangan program2 lama yang buat saya rasa rindu! Terkenang masa masuk Raja Lawak, tu la permulaan saya dalam bidang seni.
“Pelbagai cabaran untuk menjadi pelawak yang biasanya didominasi oleh lelaki. Banyak saya dapat belajar dari pengalaman dan kawan kawan yang berpengalaman.
“Thank you #Colgate kerana inner strength saya dapat shine through my smile everyday towards my supporters, family & kawan yang tersayang.
“So now, Jihan nak challenge korang sharekan pengalaman masa PKP ni dalam comment mcm mana korang build korang punya inner strength?
“Jom sama-sama stay strong, stay calm & be thankful! #Sekuatsenyumanmu #Colgate,” tulisnya.
Di samping itu, rata-raya peminat memuji bakat seni yang dimiliki ibu seorang cahaya mata ini.
Untuk rekod, Jihan telah memulakan karier seni selepas dinobatkan naib juara dalam program realiti televisyen, Raja Lawak musim ketiga.
Foto : Instagram Jihan Muse