“Tudung Yang Saya Jatuh Cinta,” – Ummi Nazeera

Share

Pelakon Ummi Nazeera lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai jumlah bayaran yang diterimanya selepas dilantik sebagai duta terbaharu Tudung Sarung By Chefiza (BCF) selama setahun bermula Januari lalu.

Menurut Ummi, 33, dia sebaliknya percaya kepada kerjasama baik di antara dua pihak akan membawa kepada suatu hubungan positif yang berterusan.

Malah, bintang drama Rindu Kasih ini terlebih dulu mencuba dan nyata selesa dengan koleksi tudung jenama berkenaan yang praktikal.

“Tidak saya nafikan, selepas mencuba sendiri tudung BCF, ia menjadi tudung pertama yang saya jatuh cinta. Malah saya secara sukarela memuat naik mengenai tudung ini media sosial saya.

“Memang saya pakai ke mana-mana misalnya ketika bersiar dan bersenam juga. Ia sangat kasual dan boleh digayakan dalam pelbaga cara.

“Ditambah pula saya kagum dengan rekaan dan kualiti yang kualiti.” katanya ketika ditemui pada Majlis BCF Lead Award 2022, di Glam Hall, Damansara pada Sabtu.

Ummi pada masa sama tertarik dengan keperibadian Pengasas BCF sendiri, Che Nurul Hafizah Che Zulkifli yang disifatkannya sebagai usahawan yang merendah diri.

Mengulas mengenai Ummi sebagai wajah wakilan, Che Nurul Hafizah pula melihatnya sebagai pilihan yang tepat.


“Kita nampak akan personalitinya yang baik. Malah meski lebih sebulan bersama, kami dapat melihat dia ‘dekat’ dengan pengguna, kena dengan apa yang kami ingin tonjolkan.

“Kami percaya dengan pemilihannya ini akan menjadikan tudung sarung kami lebih eksklusif menerusi produk Muslimah mampu milik BCF.

“Malah Ummi Nazeera ikhlas untuk mempromosi produk tersebut secara berlebihan walaupun ia tidak termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Senang bekerjasama dengan Ummi meski dia pelakon popular,” katanya.

BCF yang dibangunkan bersama suami, Muhammad Fitri Abdul Razak menawarkan jualan pelbagai produk Muslimah seperti tudung, stoking, stoking tangan, inner neck dan snowcap.

Pada awal penubuhan syarikat bermula pertengahan tahun 2019, jenama ini telah menjual lebih dari sejuta helai anak tudung yang ketika itu dikenali ‘Snowcap Berhantu’.

Hasil dari permintaan yang tinggi inilah, BCF komited dalam pengeluaran busana Muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah.

BCF LEAD AWARD adalah majlis tahunan khusus bagi memberikan penghargaan kepada ahli keluarga BCF yang telah mencapai jualan yang sangat luar biasa, memperkenalkan kempen pemasaran terbaru selain melancarkan produk terbaru keluaran BCF.

Penyanyi Ernie Zakri turut diundang membuat persembahan, menyampaikan beberapa buah lagu di dalam majlis serba meriah itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

Published by
MH