Menerusi posting Instagram terkini, aktor Beto Kusyairy ada berkongsi foto lamanya bersama maskot ikonik tahun 90-an, ALONG yang pernah menghiasi kaca televisyen sebagai antara program kanak-kanak popular tidak lama dulu.
Selain foto tersebut, Beto turut berkongsi maskot terkini yang disarung, khusus bagi mendukung watak menerusi telefilem istimewa sempena Hari Bapa, Seketika.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, kali terakhir dia mengenakan maskot adalah pada tahun 2004 lalu sehinggalah diberi peluang untuk menyarung maskot kembali selepas 15 tahun.
Tugasnya pada ketika itu ialah menghiburkan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu Matematik.
Lalu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat teruja apabila mengetahui pelakon tersebut merupakan individu di balik maskot ALONG yang popular suatu masa lalu.
Malah ada juga yang berkongsi kisah saat menonton program kanak-kanak infomatif itu.
Foto : Instagram Beto Kusyairy