Penyanyi popular, Misha Omar mengimbau memori bersama sahabat artisnya, Allahyarhamah Siti Sarah ketika awal terlibat dalam seni.

Misha menulis di ruangan kapsyen di Instagram, dia terkenang perbualan bersama Sarah mengenai segmen ‘tribute’.

“Kira-kira 15 tahun yang lalu atau mungkin lebih di suatu dewan besar, di sebuah latihan acara anugerah, kelihatan dua orang penyanyi muda sedang berbual santai. “Kak Chah rasa, bila sampai masa kita, ada ke segment tribute untuk Kita?”

“Saya ketawa… memandangkan kami baru setahun jagung ketika itu. Saya kata kalau kita ada banyak hits, InsyaAllah mesti ada. Dia kemudiannya bertanya lagi “tapi nanti, siapa yang akan nyanyi lagu-lagu kita?

“Saya jawab lagi… “selalunya segment tribute ni, diaorang akan kasi artis-artis baru yang suara power & femes, woohoo!! Bangga Kan? Tapi, kalau tengokkan umur kita berdua, Kak Chah (Misha) yang jalan dulu kot. Kak Chah lagi tua dari Sah (Sarah), kalau Kak Chah pergi dulu, Sah nyanyi lah lagu Kak Chah ok?”, kata saya sambil ketawa.

“Dia jawab…” Eh, tapi kalau tengok umur kita sebenarnya tak jauh kak. kalau tua-tua nanti macam mana Sahhh nak nyanyi lagu Bunga Bunga Cinta? Mesti kena turunkan key banyak, karang nanti dah tak bunyi menyanyi tu kak, itu dah macam bercakap…” Dia ketawa lagi dan kali ini lebih lama…,” imbau Misha.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Pada malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad, Misha menyampaikan lagu hits arwah, Bersamamu menerusi segmen khas.

“Benarlah, kehilangan akan mengajar jiwa menjadi kuat saat digigit kenangan. Kenangan pahit mahupun manis dengan seseorang yang telah pergi tetap juga akan menyiat dan menyentap jiwa.

Ads

“Tugasan di AME 2021 malam tadi, amat berat untuk saya galas. Kerana hal ini pernah saya bualkan bersama Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin. Setiap patah perkataan dalam lirik lagu Bersamamu hit me differently.

“Dilemma perasaan antara mahu menyanyi dan menangis tiba-tiba bersatu menjadi segumpal rasa tersekat di kerongkong, yang tidak juga saya temukan perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkannya, sukar!

“Satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Impian Allahyarhamah Allah kabulkan, ada segment tribute untuknya yang menyanyikan lagu hits beliau bukan calang-calang orangnya, @ainaabdul.

Ads

“Pasti dia bangga, masakan tidak, saya sahabatnya hati turut berbunga mendengar alunan Aina begitu baik melalui Ke Hujung dunia. Semoga kalian terhibur, semoga nama Allahyarhamah tidak lekang dalam Al-fatihah, Yasin & doa kalian. Al fatihah,” coretnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/MtgZnLbSkZ0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI