“Tuhan Benar-Benar Yang Maha Baik Menghadirkanmu Dalam Hidupku,” – Indah Betul Ucapan Hanis Zalikha Buat Hairul Azreen

Share

Pelakon Hanis Zalikha menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Hairul Azreen yang menyambut hari lahir ke-32 tahun.

Ibu kepada dua anak itu melahirkan kesyukuran berpeluang menjadi suri di hati suaminya dan ibu kepada dua permata berharga dalam hidup.

“Selamat ulangtahun kelahiran buat suamiku. Ku bersyukur diberi kesempatan dan nikmat menjadi isterimu. Mengenalimu, mencintaimu, mengasihimu, melengkapi hari-harimu, dan menjadi ibu buat anak-anakmu adalah amat berharga buatku.

“Maka ku mensyukuri hari ini dan setiap hari bersama denganmu. Tuhan benar-benar yang maha baik sekali menghadirkanmu dalam hidupku dan semoga kita saling bersama dalam rahmat dan redhaNya.

“Terima kasih kalian yang turut mengirim doa pada Tuhan buat kami di sini. Salam Ramadhan buat semua,” kongsinya.

Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 7 bulan.

Foto : Instagram Hanis Zalikha

Published by
Noraini Abd Wahab