Awal semalam, usahawan sensasi Nursajat ada berkongsi foto serta video mesranya bersama seorang lelaki yang secara tak langsung mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya memberi komen pelbagai sementelah keakrabannya dengan Coach Yin, didakwa sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, pendedahan Coach Yin menerusi Instagram mengejutkan ramai apabila usahawan itu mendedahkan, dirinya tertipu dengan penyanyi Makhluk Penggoda itu apabila Sajat mendakwa tidak mengenali sesiapa.

Malah teks yang diberikan Coach Yin juga didakwa tidak dijawab Sajat ketika bercuti ke Paris baru-baru ini.

“Tuhan nk tunjuk sekejap je.patut lah kt Paris 6hari 6mlm dia diam.bila sent wssp just read.ni rupa rupanya permainan dia…selama ni hidup ku ditipu.xpe lah.

IKLAN

“Bila di tanya katanye xkenal siapa2. tuhan nk tunjuk sekejap shj.xpe lah. Biar dia happy dgn live dia,doakan yang baik2 shj.biasa lah mula2 bercinta, baun kentut pun kata baun mcm perfium Channal.

“What you give you get back…skrg ,sy pun dah ad live sy.walaupun single sy bahagia dgn live sy skrg,”tulisnya di ruangan kapsyen.

“Tuhan Nak Tunjuk Sekejap Je, Ni Rupanya Permainan Dia. Selama Ni Hidupku Ditipu,” – Kongsi Foto Lelaki Handsome, Coach Yin Dedah Sajat Curang?

Foto: Instagram Nursajat/Coach Yin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI