Minggu lalu, Liza Hanim ada memberikan kata semangat bersama harapan khusus buat bapanya, untuk terus melawan penyakit kanser yang dihadapi sejak sekian lama.
Kongsi penyanyi Merawat Luka ini menerusi Instagram, bapanya merupakan seorang lelaki yang paling kuat pernah dikenali.
“Ayah kena strong ye yah..Ayah fighter, the toughest man I know. Anak-anak ayah semuanya fight sekali.
Ads
“Tuhanku, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh.
“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyeksakan,” tulisnya panjang lebar.
Ads
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat selain rakan artis turut sama mendoakan agar bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.
Malah, ada yang meminta agar penyanyi ini tabah serta usah putus berdoa dalam menghadapi ujian dariNya.
Ads
Antara rakan selebriti yang telah meninggalkan komen bersama doa pada entri berkenaan termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Jaclyn Victor, Azhan Rani dan ramai lagi.
Foto: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi paparan mesej perbualan di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini berada di Jakarta memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Shahida akan hadiah yang telah dibelikan.
Namun berlaku respon yang diberikan tidak seperti yang diharapkan dari si suami.
Bercerita mengenai hadiah berupa beg tangan mewah, namun Shahida dilihat tidak memberikan fokus atau reaksi gembira kerana sibuk berniaga, cari rezeki.
“I baru je habis belikan u beg @chanelofficial rm200k. u x hargai pun. apa lah masalahyee,” luahnya.
Melihatkan situasi yang berlaku menerusi perbualan WhatsApp yang didedahkan, netizen mengandaikan isteri kepada penyanyi Bobo Di Mana ini tidak merestui perjalanan karier di Jakarta.
Malah, ulas mereka, Aliff seharusnya lebih memberikan perhatian dan kasih sayang daripada memberikan kemewahan harta benda.
Perhatian dan kasih sayang suami sudah cukup memberikan kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Impian dan hasrat penyanyi Khai Bahar untuk mengadakan konsert solo pertama akhirnya direalisasikan di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, pada Sabtu.
Menerusi Konsert Nafas Cinta Khai Bahar itu, bintang kelahiran Perlis ini telah menyampaikan sebanyak 17 lagu termasuk dua lagu bersama Adira dan Aina Abdul yang dibawakan secara duet.
Khai yang ditemui media sejurus konsert meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Khai pada masa sama menjelaskan, dia memilih untuk mengambil setiap kritikan yang diberikan terhadap nyanyiannya sebelum ini sebagai persediaan sebelum konsert solo sulungnya itu dilangsungkan.
Ini kerana, ia dilakukan demi memperbaiki diri sekaligus meningkatkan lagi mutu serta kualiti nyanyian supaya bertambah baik.
“Setiap kali selepas saya buat persembahan, apa sahaja kritikan yang orang berikan saya terima. Kalau yang kritik tu kata tidak okey, saya ambil ia sebagai satu kritikan yang membina.
“Misalnya, ada yang tegur cara penyampaian nyanyian saya… yang terkurang atau terlebih pun, sebagai seorang penyanyi saya ambil itu bagi memperbaiki diri,” katanya lagi.
Ditanya tentang perancangan seterusnya, penyanyi berusia 27 tahun ini kini mahu fokus membuat persiapan untuk persembahan lagu duet, Nafas Cinta yang telah tersenarai di antara 12 finalis akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Bagaimanapun Khai memaklumkan, setakat ini dia belum berkesempatan melakukan sesi latihan lagu berkenaan di samping Aina Abdul.
“Selepas ini, saya mahu fokus pula kepada persembahan di AJL nanti, untuk buat beberapa persiapan dan persediaan awal. Buat masa ini, susunan muzik untuk lagu sudah ada dan saya pun dah dengar sebelum ni.
“Dari segi latihan pula, kami berdua masih lagi belum mulakan latihan. Sementara konsep persembahan pada malam itu nanti, akan ada elemen fantasi ala-ala macam kartun ‘Disney’, insya-Allah,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nabila Razali difahamkan bakal disatukan dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Sabtu.
Dikatakan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi di Pahang.
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini,” kata sumber, petik Harian Metro.
Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula itu bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun pengumuman yang dilakukan di media sosial hanyalah sebagai menerima lamaran daripada Nik Iruwan.
“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...