Penyanyi terkenal Zamani mengakui tahap kesihatannya kini berada dalam keadaan teruk susulan masalah skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dihadapi
Zamani, 51, yang juga vokalis kumpulan Slam berkata, buat masa sekarang dia perlu mengambil ubat tahan sakit sementara menunggu proses pembedahan yang dijangka dibuat pada awal November.
“Tulang belakang dah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi saya perlukan pembedahan. Sekarang ini 24 jam saya sakit dan perlu makan ubat tahan sakit. Memang tak ada ubat lain.
“Sakit pula menyerang tak kira waktu. Kalau kena tu, tulang rasa macam ditarik-tarik. Kadang ketika tidur pun sakit boleh datang dan menjadi kejang.
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sakit saya ini menyerang dengan teruk. Sebab ketika itu saya duduk di rumah saja dan tak bekerja,” katanya.
Zamani menambah, peluang untuk sembuh adalah positif selepas dia melakukan semua ujian imbasan.
“Dulu saya dimaklumkan peluang untuk sembuh tak ada. Rupanya informasi itu tak tepat. Selepas saya buat semua ujian imbasan, doktor maklumkan peluang nak sembuh tinggi. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal.
“Sekarang ini sudah ada dua pusat perubatan dalam senarai untuk saya buat pembedahan. Dokto kata Oktober ini dah boleh buat, cuma saya ada beberapa komitmen kerja perlu diselesaikan dulu. Jadi, insya-Allah mungkin awal November.
“Dari segi kos pembedahan dianggarkan lebih RM100,000. Pusat perubatan di Ampang anggaran dalam RM80,000 hingga RM100,000. Yang lagi satu tu mungkin murah sikit,” katanya lagi.
Zamani ditemui pada sidang media Rhythm of Legends Live in Concert yang bakal berlangsung di Dewan Plenarry KLCC pada 29 dan 30 Oktober depan.
Selain Zamani, Rhythm of Legends Live in Concert anjuran CS Excellent dengan kerjasama Drug Free Malaysia (DFM) turut menampilkan penyanyi lain seperti Datuk Hattan, Asmidar, Rojer Kajol, One Nation Emcees dan Mawi.
Sementara itu, Zamani berkata prosedur berkenaan dijangka mengambil masa lapan hingga 10 jam.
“Saya bukan takut nak dibedah, tapi berdebar. Kalau nak tahu pembedahan adalah pilihan terakhir saya. Sebelum ini saya dah pergi banyak tempat dan rawatan alternatif lain.
“Difahamkan pembedahan ini memakan masa lapan hingga 10 jam. Nak sembuh pula ia bergantung pada badan saya. Kalau semuanya okay, selepas dua minggu dah boleh memandu selain perlu menjalani fisioterapi.
“Saya berharap pembedahan ini berjalan lancar dan sembuh walaupun takkan 100 peratus,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelawak dan pengacara, Jihan Muse, memilih untuk berehat sementara dari sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu.
Perkara itu dikongsikan pihak pengurusan yang dinaungi bintang berkenaan, Laugh Out Loud Entertainment.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan memaklumkan dia kini berehat seketika.
“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.
“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir.
Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini,” katanya di dalam kenyataan, lapor Harian Metro.
Abdul Afiq pada masa sama berkata, Jihan bagaimanapun rasa gembiranya ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan sentiasa mengikuti perkembangan program itu.
Katanya, Jihan juga berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri.
“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program TV yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) di semua platform media sosial.
“Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat,” katanya.
Sekadar informasi, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedutan sebuah drama Jula Juli Bintang Cinta gandingan Zizan Razak dan Mira Filzah dua tahun lalu, gelagat kedua-duanya bermain cinta dilihat cukup mencuit hati.
Menggelarkan Mira sebagai muka penyu dan ninja turtle, Zizan menerusi dialog menyatakan minatnya kepada penyu membuatkan dia mengimpikan calon isteri bermuka penyu.
“Saya suka berenang dan saya suka penyu. Once saya jumpa perempuan macam awak, eh inilah perempuan idaman saya, perempuan muka macam penyu. First saya panggil awak ninja turtle tau.
“Awak pun bukan cantik sangat pun. Muka macam penyu je saya tengok. Saya selalu perhati awak.
“Kenapa awak senyap? Ke awak malu sebab awak penyu,” tutur Zizan menerusi video yang dikongsi.
Patutlah Mira pernah menyatakan jejaka pilihannya mestilah pandai melawak, memang tak kering gusi dibuatnya duduk dengan Zizan.
Foto : my.honey.mf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Stesen radio yang dahulunya dikenali sebagai Kool FM kini telah dijenamakan semula sebagai Buletin FM.
Malah, segala persoalan mengenai siapakah yang akan menggalas tanggungjawab selaku penyampai di stesen radio tersebut akhirnya telah terjawab.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pihak Bulentin FM mengumumkan beberapa kemunculan muka baharu bakal mewarnai industri penyiaran radio tempatan antaranya pembaca berita, Hawa Rizwana dan pengacara, Ally Iskandar.
Hawa dan Ally difahamkan akan mengendalikan segmen pagi dari jam 6 hingga 10 pagi menerusi program Fokus Pagi.
Manakala, pada sebelah malam pula, pengacara, Fedtri Yahya bakal mengemudi segmen Ilham Sanubari yang akan ke udara bermula jam 9 hingga 12 malam.
Sementara itu, beberapa gandingan muka lama yang sebelum ini berkhidmat selaku penyampai di stesen radio Kool FM masih lagi dikekalkan antaranya, Haiza Hanafi, Izwan Azir Saleh dan Muaz Mohamed.
Memperkenalkan tagline ‘Buletin FM, Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman’, stesen ini telah pun beroperasi secara rasmi bermula hari ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyambut baik usaha penjenamaan semula itu selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan kelainan yang akan ditampilkan oleh stesen radio tersebut.
“Tahniah dan selamat maju jaya buat Buletin FM.
“Bertambah informatif la Kool FM. Terbaik.
“Congrats we need this kind of radio to give more value to Malaysian,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, stesen Buletin FM kini boleh mula didengari di frekuensi 101.3 (Lembah Klang), 107.3 (Alor Setar), 88.6 (Kota Baru), 93.6 (Kuala Terengganu), 90.2 ( Pulau Pinang) dan 104.3 (Kuching).
Sumber: Instagram Buletin FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI