Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang peniaga gerai burger yang didakwa telah dikompaun sebanyak RM50,000 gara-gara beroperasi melebihi had masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang dikuat kuasakan di Kelantan.
Memetik laporan BH Online, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya memaklumkan dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam.
Katanya lagi, pada ketika itu, dia sebenarnya telah pun mula mengemas sambil menyiapkan tempahan burger daripada pekerja kilang.
“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.
“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang.
“Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik.
Perkhabarakan tersebut kemudiannya tular lalu menerima yang reaksi yang pelbagai daripada warga net.
Perihatin akan yang nasib yang menimpa Faisal, rapper dan usahawan, Caprice telah pun menghubungi peniaga tersebut bagi meminta persetujuan sebelum melancarkan tabung kilat bagi meringankan beban Faisal untuk membayar kompaun.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah guys kita dapat contact abe Faisal, kalau esok abe kata ons, caprice akan buka tabung kitafund / a public tabung untuk bantu settle kompaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya).
“InsyaAllah! Kita jaga kita. #rapatkansaf2040,” tulisnya.
Rakaman panggilan video itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Takda Hal Bro itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Caprice selain ada yang turut berhajat untuk sama-sama menyumbang agar nilai itu dapat dicapai sebelum hari raya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI