Hiburan

Tular Video Marah Pekerja Sampai Hentak Meja, Luna Maya Tampil Beri Alasan

Share

Baru-baru ini tular video rakaman di TikTok menampakkan Luna Maya sedang memarahi pekerjanya ketika sedang bermesyuarat. Bukan sekadar marah, dia turut dilihat menghentak meja.

Video yang sudah ditonton lebih lima juta kali itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang setuju dengan tindakan pelakon itu, namun ada juga yang tidak bersetuju.

Saat bertemu dengan wartawan, kekasih kepada Maxime Bouttier ini tampak tenang memberikan alasan atas tindakannya itu.

“Bekerja dalam sebuah perusahaan kalau prestasi teruk, dipanggil tak oleh pihak atasan? Sudah namanya dunia pekerjaan, semua memiliki gol masing-masing. Saya di sana sebagai ketua perusahaan hanya mahukan yang terbaik sahaja,” ujarnya.

Dia menjelaskan lagi sebagai seorang ketua, sudah tentu salah satu tugasnya adalah untuk memastikan sesebuah pekerjaan yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.

BACA JUGA: Maxime Bouttier Akhirnya Berkongsi Perihal ‘Cinta’ Dengan Luna Maya, Genap Setahun Bersama

“Saya harus memantau setiap tugas yang dilakukan sama ada sudah mencapai target atau pun belum. Kerana kalau saya diam sedangkan apa yang dilakukan tidak betul itu bererti saya ketua yang tidak baik.

“Kalau tiba-tiba penjualan menurun, perincian tidak difikirkan, pemasaran tidak mencapai standard, nanti saya juga yang tidak mampu membayar gaji mereka,” ujarnya panjang.

Jelas Maya lagi, kemarahannya itu bermula apabila team pemasaran dalam syarikatnya tidak memberikan kempen yang tepat dan perkara itu berlaku berulang kali, jadi dia menegur mereka dengan tegas.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen