
Industri hiburan India dikejutkan dengan berita tragis apabila pelakon wanita, Preksha Mehta dipercayai membunuh diri pada malam Isnin dengan meninggalkan nota terakhir.
Difahamkan, aktres muda berusia 25 tahun itu menyatakan dia tidak boleh hidup dengan impian yang musnah.
Ia didakwa berkaitan dengan tekanan hidup akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Mendiang ditemui tergantung pada siling kipas rumahnya.
“Impian yang hancur telah merosakkan keyakinan diri saya. Saya tidak dapat hidup dengan impian yang sudah mati.
“Sukar untuk hidup dalam keadaan negatif. Saya telah cuba sejak setahun lalu, saya sudah penat,” ini kata-kata yang ditulisnya.
Malah dia turut memuat naik kata-kata di Insta Story menyatakan ‘perkara paling buruk adalah apabila impian anda telah mati.”
Mendiang sebelum ini pernah muncul dalam filem Padman bersama Akshay Kumar.
Sumber : indianexpress.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akui Sebelum Ini Memang On And Off Berhijab, Malah…,” – Ernisha Insafi Diri, Mahu Bertenang Atas Apa Berlaku

Bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau lebih sinonom dengan panggilan Ernisha mengakui video sensasi melibatkan dirinya dan beberapa individu lain merupakan detik sukar dalam hidupnya.
Apatah lagi, ia memberikan ruang buat netizen untuk memberi komen pelbagai, yang sekaligus turut memberi impak terhadap dirinya.
Bagaimanapun, isu yang terjadi bukanlah menjadi alasan buat gadis manis ini untuk berhijab.
Malah katanya kepada MH, dia sebenarnya masih lagi baru mengenakan tudung dah ia bukan hadir dari desakan mana-mana pihak.
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan apa yang terbaik untuk diri saya.
“Doakan saya terus kekal begini dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan. Saya harap diberikan ruang dan terus diberikan hidayah untuk terus mengenakan tudung,” katanya jujur.
Pada masa sama, Ernisha turut menyesal atas perbuatannya dan mengakui ada melakukan kesilapan kerana bergaul dengan individu tidak sepatutnya.
Ditanya mengenai apakah perancangannya selepas ini, Ernisha mengakui ada menaruh minat untuk menceburi bidang seni.
Cumanya, dia perlu bersedia misalnya dengan mengikuti kelas lakonan.
“Saya perlukan masa untuk bertenang seketika. Mahu ambil ruang buat diri sendiri dahulu. Memang ada perancangan untuk terjun dalam bidang seni. Cuma kalau boleh, saya tak mahu masuk dalam industri tanpa ilmu.
“Ada rancang untuk ambil kelas lakonan terlebih dahulu. Tapi pada masa sama, saya juga berminat dalam dunia pengacaraan atau pun nyanyian. Doakan yang terbaik untuk saya,” pinta Ernisha.
Terdahulu, Ernisha dan salah seorang bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Fazreen Fazera ada membuat permohonan maaf terbuka baru-baru ini berhubung video mereka ketika di dalam sebuah kelab malam yang tersebar, baru-baru ini.
Atas kesalahan melanggar kontrak sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja terpaksa ditarik balik.
Foto: Instagram Ernisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suko Dengar Mekwa Kecek Kelate,” -Kongsi Tips Cantik, Tapi Ramai Terhibur Bila Mawar Rashid ‘Kecek Kelate’

Berkongsi Igtv di laman Instagram, Mawar Rashid berkongsi pengumuman istimewa untuk peminat. Jelas Mawar dia bakal berkongsi tips kecantikan setiap hari Jumaat bersama pengikut di laman sosialnya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah setiap butir lograt Kelantan yang keluar daripada mulutnya.
“Pengumuman ke-2 terpenting❗
Patut memang Mawar nak post first Mawar Sharing Friday video malam ni, tapi I think tak sempat today, sebab nak edit dulu video tu. So stay tune! Follow @mawar.nakbantu and subscribe youtube Mawar kat link bio,” tulisnya.
Netizen rata-rata menyatakan keterujaan mendengar ibu kepada seorang anak ini berbicara gaya orang pantai timur.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid lahir dan membesar di Kota Bharu, Kelantan.
Foto : Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Pula Kata Saya Gimik, Bakar Rumah Untuk Konten,” – Bilik Staf Terbakar Disebabkan Powerbank, Nur Shahida Cerita Detik Cemas

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida menceritakan detik cemas saat salah sebuah bilik di rumahnya terlibat dalam kebakaran malam tadi.
Menurut Shahida, kebakaran yang berlaku di bilik salah seorang pekerjanya itu berpunca daripada ‘powerbank’ yang dikatakan terlampau panas lalu membakar tilam di bilik tersebut.
“Rumah saya terbakar. Ya Allah syukur la nasib perasan sebab ada bau asap. Rupanya-rupanya punca dia dari power bank.
“Korang hati-hati ya kadang-kadang kita tak sangka benda kecil pun jadi punca. Jangan pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content.
“Bilik staff saya Idris yang terbakar. Lepas ni power bank kalau tengah panas-panas lepas charged jangan letak atas katil gaiss,” tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, ibu kepada lima orang meluahkan rasa syukur kerana kebakaran tersebut berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Tambahnya lagi, dia berharap agar semua pihak membuat andaian melulu dengan menyifatkan insiden tersebut sebagai konten semata-mata.
“Alhamdulillah kami semua selamat yang paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris. Api dah padam baru dia nak call bomba
“Pemadam api ada tapi bila dah panik kita pun lupa rumah kita ada. Ingat air je dalam kepala,” kongsinya lagi.
Video yang memaparkan detik mencemaskan yang turut mengejutkan seluruh penghuni rumah itu turut dikongsilan oleh Aliff menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut menasihati Shahida untuk memasang alat pemadam api di setiap bilik di rumahnya.
“Allahuakbar, bahayakan powerbank. Mungkin dicaj terlalu lama. Bateri dia terlampau panas kot. Takut rasanya.
“Fire extinguisher wajib ada dalam setiap rumah. InsyaAllah langkah awal tu penting. Take care semua.
“Alhamdulillah semua selamat.
“Ya Allah Datin. Nasib baik semuanya tiada apa-apa. Atas tilam pula tu seram.
“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Shahida telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datin Seri Nur Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI