Bekas Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), malam ini.

Berita duka itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di media sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Ads

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” kata Khairy.

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

Ads

Tun Abdullah, yang menerajui pentadbiran negara dari tahun 2003 hingga 2009, dikenang sebagai pemimpin yang sederhana, berhemah dan mementingkan pendekatan Islam Hadhari semasa pemerintahannya.

Imbas kembali kerjayanya dalam dunia politik, Tun Abdullah merupakan ahli parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang bermula 1978 sehingga 2013.

Ads

Sebelum bergelar Perdana Menteri pada 2003, beliau terlebih dahulu pernah bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86), Menteri Pertahanan (1986-87) dan Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 – Januari 1999).

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI