Selain Daiyan Trisha, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz turut berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadan.
Kali terakhir mengerjakan umrah pada Disember tahun lalu, kali ini kedatangan Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, ke sana turut ditemani suami tercinta, Farhan Norzaini.
“Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaiukan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana. Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami.
“Semoga mendapat umrah yang mabrur. Jika ada yang nak titipkan doa tulis di komen, InsyaAllah jika ada kelapangan saya bacakan doa-doa anda,” tulisnya di laman Instagram.
Rakan selebriti juga tidak ketinggalan mendoakan agar urusan Zulin dan suami dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci.
“Semoga dipermudahkan… selamat pergi dan balik, dapat umrah mabrur dan balik ini lekat pregnant amin amin amin,” tulis pelakon Dayana Roza.
“Selamat menunaikan umrah my love,” tulis selebriti serba boleh, Elly Mazlein.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan semua urusan amal ibadah you dan suami di sana. Kirim salam Rasullullah ya,” tulis penyanyi Ezlynn Ariffin.
Zulin dan Farhan, 35, diijabkabul pada 20 Februari lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas hampir dua tahun berkenalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI