Bintang versatil, Ifa Raziah bakal berangkat ke tanah suci buat pertama kali bagi menunaikan umrah, Isnin depan.
Rombongan umrah bintang yang sinonim dengan lagu Ser Ser Ser ini turut diteman suami, Mohd Yani serta anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili.
Lalu, Ifa memohon ampun dan maaf andai ada salah silap serta khilaf yang dilakukan khas buat yang mengenali dirinya.
“Syukur Alhamdulillah buat Pertama kalinya Ifa , Suami , Anak di jemput menjadi Tetamu ALLAH SWT untuk menunaikan umrah pada 4 Februari depan.
“Saya mewakili keluarga memohon Ampun & Maaf sekiranya sepanjang mengenali ifa & family ada yg tersinggung atau pernah menyentap perasaan anda di atas tingkah laku ifa & family selama ini,” katanya.
Pada masa sama, dia turut meminta agar semuanya dipermudahkan dan moga selamat pergi dan pulang.
Semoga anda semua di Berkati , di Rahmati & di limpahi dgn rezeki yg byk .. Aamin,” akhiri Ifa.
Lalu, bintang yang kini sudah pun bergelar usahawan turut mengadakn majlis doa selamat bersempena dengan pemergiannya ke tanah suci.
Foto: Instagram Ifa Raziah