Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada dilihat mengisi masa dengan melakukan aktiviti menunggang kuda di sekitar pesisiran pantai.
Perkara tersebut dikongsikan Athira menerusi satu video pendeknya di Insta Stories dengan disertakan dengan kapsyen pendek iaitu;
“Away from society, closer to nature.”
Terdahulu, Hafidz menamatkan teka teki mengenai perkahwinannya dengan Athira selepas mengumumkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, Jumaat lalu.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, Athira adalah cinta pertamanya dan berdoa hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini