Pencetus Ummah (PU) Amin baru-baru ini telah memuat naik gambar keluarganya dengan berlatarbelakangkan Kaabah.
Amin meluahkan rasa syukur apabila isterinya kini sedang hamil dan bakal melahirkan anak ketiga tidak lama lagi.
“Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Swt , atas hadiah pinjaman ini..
“7 April adalah hari jadi Aisyah Sofea , Aisyah genap 5 Tahun . 9 April hari ini , hari jadi Abdullah Umar , Umar genap 3 tahun..
“Isteri saya bakal melahirkan adik mereka berdua pada minggu hadapan , sekarang juga sedang menunggu hari untuk adik mereka keluar dari Alam Rahim ke Alam Dunia , juga dalam bulan April . 3 adik beradik ini lahir bulan April inshaallah . Mudah sambut hari jadi , satu kek , satu kali sambut .
Ads
“Semoga pinjaman Tuhan ini terus membahagiakan . Tiada nikmat di dunia yang menceriakan diri ini kecuali mereka semua hidup dalam keadaan yang baik , sihat dan terus tunduk pada Maha Pencipta,”tulisnya.
Dalam pada itu, Amin atau nama penuhnya Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim memanjatkan rasa syukurnya kepada Maha Esa atas kurniaan yang diberikan.
“Inilah kekuatan . Hari hari berjuang mencari nafkah dan rezeki yang halal buat mereka . Moga Allah permudahkan saya sebagai wakil mencari sumber rezeki yang baik untuk mereka..
Ads
“Keluarga kecil kami tak berharta , jauh sekali lebih istimewa dari orang lain . Kami orang biasa biasa , mengambil berkat hidup dari doa doa sahabat dan teman teman semua . Doakan kami . Semoga yang baik baik dari doa itu juga kembali buat kalian.. Papa sayang korang semua ,” tulis Amin.
Menerusi ruangan komen, netizen turut mendoakan kebahagian Amin bersama keluarga.
Untuk rekod, Amin dan isteri mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Aisyah Sofea, 5 tahun dan Abdullah Umar,3 tahun.
Foto : IG PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein meminta pasangan yang sudah berkeluarga agar sentiasa bersyukur apa adanya.
Penyanyi lagu Bungaku Bawakali ini turut menyatakan setiap dari kita perlu menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan.
“Berkasih sayanglah kita. Yang sudah berkeluarga, terima kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah sentiasa.
“Nak lebih memang tak akan dapat. Yang dah ada depan mata tu, tatanglah bagai minyak yang penuh,” tulisnya dalam satu perkongsian di Insta Stories pada Ahad.
Malah, Elly yang turut memuat naik beberap foto pelukan suami isteri menerusi platform sama turut titipkan pesan moga sentiasa bersyukur.
“Berkasih sayang dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Yang tak bersyukur ni selalu rugi.
“Jadinya, bersyukurlah… InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Peringatan untuk diri sendiri juga,” tulisnya lagi.
Beberapa hari lalu, foto rangkulan erat suaminya, Azlan Che Nuh yang dimuat naik di Instagram mendapat reaksi ramai hingga ada di antara peminat yang turut berkongsi foto hampir serupa.
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 80,000 tanda suka.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
Jual Tudung Bukan ‘Back Up’ Karier Seni – Mira Filzah
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Mula Sebagai Hobi, Suka-Suka Je
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
MF Garap Konsep , ‘Stail’ Selesa Tanpa Jejas Gaya
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas dikritik susulan tindakannya untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak Oktober lalu, pelakon, Sarah Hildebrand mengalu-alukan sesiapa yang tidak suka dengan cara kehidupannyanya ketika ini untuk berhenti daripada mengukuti perkembangannya di media sosial.
Menurut Sarah, meski pun setiap orang berhak untuk memiliki pendapat yang berbeza namun kita semua tetap harus menghormati pegangan orang lain.
“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan saya minta kita hormati perkara itu.
“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow. Butang tersebut sentiasa ada,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Pujaan Hati Kanda itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sarah turut menyeru orang ramai agar lebih berfikiran terbuka terutamanya ketika membahaskan mengenai perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai sensitif.
“Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada anda semua agar sentiasa menyebarkan perkara yang positif, cinta, serta kebijaksaan beremosi dan bukanlah dengan kebencian, membuli dan mengganggu orang lain.
“Silalah belajar untuk berbincang secara terbuka mengenai topik-topik yang penting yang kadang-kala agak susah untuk dibahaskan. Terima kasih,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan selain turut mendoakan yang terbaik buat Sarah.
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...